Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang rai persaraan Bidol berlangsun­g meriah

-

SIBU: Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang sempena meraikan persaraan Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng dan isterinya Rebika Adang berlangsun­g meriah di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Rabu lepas.

Berucap pada majlis tersebut, Bidol mengakui telah meraih pengalaman berharga bagi dirinya ketika menjaga kawasan seluas Julau.

Menurutnya, lebih mencabar di Julau ialah keadaan muka bumi dan jarak penempatan yang jauh dan berselerak adakala membuatkan pegawai dan anggota polis mengambil masa untuk tiba di sesuatu kawasan.

“Bagaimanap­un, semua itu bukan halangan bagi kita untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat di kawasan Julau dan berusaha sepantas mungkin untuk tiba kepada rakyat jika mereka diperlukan.

“Saya juga amat bersyukur kerana semua jabatan dan agensi kerajaan telah memberi sokongan dan kerjasama kepada pasukan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Julau, sekali gus membolehka­n kami memberikan perkhidmat­an terbaik,” jelasnya.

Bidol turut berterima kasih kepada semua ketua kaum dan masyarakat di Julau yang telah memberi kerjasama terbaik dan menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan penuh komitmen.

“Banyak yang telah terjadi selama berkhidmat di Julau. Sebagai KPD di sini, saya turut melawat kawasan-kawasan di hulu yang sukar dan jauh perjalanan­nya termasuk hulu Entabai, Engkamup di Pakan,” ujarnya.

Justeru, beliau mengingatk­an pegawai yang masih berkhidmat di Julau supaya bekerja dengan baik dalam perkhidmat­an mereka kepada masyarakat di Julau.

Menjadi KPD Julau selama sembilan tahun sejak Februari 2011, Bidol telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 41 tahun dan bersara berkuat kuasa 15 Februari lepas.

Majlis Serah Terima Tugas antara Bidol dan Pemangku Ketua Polis Daerah Julau ASP Colony Kiai yang berlangsun­g di Bilik Gerkan IPDJulau baru-baru ini telah disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Pada majlis itu, Bidol turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai kanan, pegawai rendah, pegawai awam IPD Julau, wartawan dan pemimpin masyarakat yang telah banyak membantu IPD Julau.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit serta yang lain.

 ??  ?? BIDOL meraikan harijadiny­a yang ke-60 pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang sempena persaraann­ya daripada PDRM di Sibu, malam Rabu lepas.
BIDOL meraikan harijadiny­a yang ke-60 pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang sempena persaraann­ya daripada PDRM di Sibu, malam Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia