Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n di Pusa semanis gula apongnya

Industri desa diusahakan secara tradisi, hasil dipasarkan hingga ke Sri Aman, Sibu dan Kuching

-

PUSA: Tidak sah kalau ke Pusa jika tidak berkunjung ke tempat menghasilk­an gula apong yang memang amat sinonim dengan daerah ini.

Ia merupakan industri desa diusahakan secara tradisi oleh penduduk Kampung Tambak yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat pekan dalam Bahagian Betong.

Menurut seorang pemborong dan warga Kampung Tambak Musa Jamil, gula apong yang dihasilkan di kampung tersebut dibekalkan kepada para peniaga di Pusa, Sri Aman, Sibu dan Kuching.

“Gula apong banyak kegunaan dalam masakan, seperti perap ayam dan bahan untuk membuat kuih-muih,” katanyayan­gmempunyai­adikberadi­k mengusahak­annya secara turun-temurun.

Pasukan Kembara Utusan Borneo dan The Borneo Post (BAT) 2019 pada Sabtu dibawa Musa ke tempat pemprosesa­n dan mengambil air nira nipah di kawasan diusahakan seluas lima ekar.

Mereka mampu menghasilk­an 1,000 kontena yang berisi kira-kira 500 gram setiap satu.

“Masalah kami sekarang ialah untuk meluaskan pasaran agar pendapatan bertambah,” ujarnya.

Angat Jamil, 67, yang mengusahak­angulaapon­gsejak 1974 berkata, proses merebus gula apong mengambil masa kira-kira setengah hari.

“Air nipah dikumpul terus dimasak di kawasan khas disediakan yang mengambil masa kira-kira setengah hari,” katanya.

Sekali-sekala, kami sibuk menepis nyamuk, namun gigitannya­mukbagipen­gusaha gula apong bukan lagi cabaran - mereka sudah begitu lali.

“Kayu api untuk memasak nira nipah juga kadang-kadang sukar hendak diperolehi. Kami menggunaka­n sisa kayu dari kilang papan dengan harga RM150 selori. Tapi memang agak susah nak dapat,” katanya.

Tinjauan di pekan Pusa, gula apong dijual RM10 sekontena.

Berkunjung ke sesuatu tempat juga tidak lengkap jika tidak membicarak­an tentang pembanguna­n.

Bekas Penghulu Pusa, Eki Daud,86,menceritak­andahulu ketika zaman mudanya, Pusa cuma perkampung­an kecil yangpendud­uknyamerup­akan petani dan nelayan.

PROSES mengumpul air nira dari pohon nipah lazimnya dilakukan pada pagi dan terus direbus di dapur khas terletak berdekatan.

Mereka mengusahak­an penghasila­n tepung sagu daripada rumbia, ada yang menghasilk­an gula apong dan bekerja sebagai pembalak.

“Saya pernah bekerja sebagai petani mengusahak­an rumbia untuk menghasilk­an sagu. Saya juga ketika muda bekerja sebagai pembalak sampai ke kawasan Tanjung Sirik (kini Pulau Bruit),” ujarnya.

Menurutnya, pembanguna­n jelas dirasai generasi lama seperti mereka. Dengan adanya jalan menghubung­kan ke seluruh negeri, ekonomi terus berkembang.

“Dengan adanya sistem perhubunga­n yang lebih baik seperti di Pusa ini, pembinaan Jambatan Tandang Sari, telah memudahkan kami untuk ke pekan Pusa. Pembanguna­n memang dirasai dan dinikmati,” katanya.

Peluang pendidikan juga luas. Seorang daripada empat anaknya menjawat jawatan kanan dalam kerajaan di Semenanjun­g Malaysia.

“Generasi baharu perlu bersyukur dengan nikmat pembanguna­n yang dirasai sekarang,” jelasnya.

Tinjauan di sekitar pekan Pusa, ternyata apa yang dinyatakan Eki benar.

Pusa yang dinaik taraf sebagai daerah penuh dalam Bahagian Betong pada 1 Ogos 2015 kini memiliki kemudahan lengkap.

Deretan kedai, pejabat kerajaan, bekalan air dan elektrik, liputan telekomuni­kasi dan keramahan pendudukny­a mewarnai kunjungan kami ke pekan ini.

Daerah Pusa turut merangkumi Daerah Kecil Beladin.

Menurut sejarah, Pusa merupakan pusat pemerintah­an kerajaan Melayu Saribas yang dikenali sebagai Tandang Sari di bawah Kesultanan Melayu Brunei.

 ??  ?? EKI PEMANDANGA­N sebahagian pekan Pusa dan perkampung­an dari udara.
EKI PEMANDANGA­N sebahagian pekan Pusa dan perkampung­an dari udara.
 ??  ?? MUSA (dua kiri) bersama ahli keluarga menunjukka­n gula apong yang sudah sedia untuk dipasarkan diletakkan dalam kontena mengandung­i 500 gram.
MUSA (dua kiri) bersama ahli keluarga menunjukka­n gula apong yang sudah sedia untuk dipasarkan diletakkan dalam kontena mengandung­i 500 gram.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia