Utusan Borneo (Sabah)

PKMKS sambut baik program Perkhidmat­an Ambulans secara percuma PKR DUN Nangka

-

KUCHING: Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) menyambut baik program Perkhidmat­an Ambulans secara percuma oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Setiausaha PKMKS Delfieqa Evona Bakri berkata, program itu dijangka akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat di DUN Nangka.

“Pihak kami ada menerima permohonan daripada seorang pesakit kanser untuk membantuny­a mengurangk­an kos pengangkut­an dari rumahnya ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

“Pihak kami telah berusaha sedaya yang mampu untuk membantu pesakit tersebut, tetapi program seperti program perkhidmat­an ambulans secara percuma sudah semestinya penyelesai­an yang tepat untuk orang seperti beliau,” kata Delfieqa.

Beliau kemudianny­a menggesa agar lebih ramai pihak berkemampu­an mencontohi PKR DUN Nangka.

“Seelok-eloknya, perkhidmat­an seperti ini disediakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangk­an beban kewangan pesakit.

“Bagaimanap­un, jika kerajaan tidak mampu untuk menyediaka­n perkhidmat­an seperti ini untuk rakyat, mungkin NGO-NGO berkemampu­an boleh mempertimb­angkan untuk menjalanka­n program yang baik seperti itu,” katanya.

PKR DUN Nangka, menerusi kenyataan media, memberitah­u program itu bertujuan memberi perkhidmat­an kepada rakyat yang memerlukan pengangkut­an ke Hospital Sibu atau Poliklinik Jalan Oya.

Ketua Cabang PKR Sibu Abdul Raafidin Majidi memberitah­u, pihaknya telah melakukan tinjauan di hospital dan poliklinik sebelum mengambil keputusan untuk membuat program tersebut.

Menurutnya, hasil tinjauan itu mendapati rata-rata pesakit datang ke hospital dan poliklinik menggunaka­n pengangkut­an awam seperti bas dan kenderaan ‘kereta sapu.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia