Utusan Borneo (Sabah)

Pengamal media diingatkan dukung profesiona­lisme, etika kewartawan­an

-

MIRI: Pengamal media diingatkan agar sentiasa profesiona­l dan bertanggun­gjawab dengan melaporkan berita secara seimbang, benar, adil dan telus tanpa menimbulka­n isu berunsur provokasi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pada era digital masa kini, kebanyakan media arus perdana bergelut untuk kekal relevan dalam menyampaik­an maklumat yang tepat dan sahih kepada pembaca.

Katanya, orang ramai pada masa kini ingin mendapatka­n maklumat sepantas kilat, dan media sosial menyediaka­n platform ini yang melahirkan ramai ‘wartawan’ di mana- mana sahaja yang menyiarkan apa sahaja pada setiap minit.

“Dalam era digital yang telah mengubah cara maklumat dihasilkan dan diterima, profesiona­lisme dan kredibilit­i wartawanke­kalamatdip­erlukan sehingga ke hari ini.

“Wartawan mampu membentuk fikiran positif masyarakat dengan melaporkan berita yang benar dan sahih kerana berita mereka itu menjadi sumber rujukan masyarakat.

“Para pengamal media perlu berpegang pada etika kewartawan­an dan melaporkan maklumat sahih atau disahkan kebenarann­ya,” katanya berucap pada majlis makan malam pelantikan ahli jawatankua­sa Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) merangkap sambutan Tahun Baharu Cina dan penyampaia­n insentif anak ahli di sebuah hotel di sini, malam Sabtu.

Teks ucapan Dr Sim dibacakan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Dr Sim menambah, media sosial membolehka­n orang ramai untuk menyuaraka­n pandangan dan bertukar pandangan, bukan hanya di kalangan sahabat, tetapi dengan orang di seluruh dunia.

Namun katanya, hanya segelintir akan membuat semakan untuk memeriksa ketulenan maklumat itu sehingga menimbulka­n kelaziman berita palsu.

 ??  ?? LEE (kiri) menyaksika­n Andy (dua kiri) mengetuai bacaan ikrar pada majlis pelantikan ahli jawatankua­sa NSJA 2019-2020 di Miri.
LEE (kiri) menyaksika­n Andy (dua kiri) mengetuai bacaan ikrar pada majlis pelantikan ahli jawatankua­sa NSJA 2019-2020 di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia