Utusan Borneo (Sabah)

Dua premis di Luak Bay, Baram disyaki curi elektrik diserbu

-

MIRI: Sayap utiliti Sarawak Energy, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) bersama Unit Pemeriksaa­n Elektrikal (EIU) dari Kementeria­n Utiliti dan polis mengesan dua premis rumah kedai di Luak Bay, Baram yang disyaki mencuri elektrik, baru-baru ini.

Operasi dijalankan selepas waran diberikan oleh majistret untuk akses ke premis perniagaan bagi pemeriksaa­n kecurian kuasa susulan laporan awam dan pemantauan oleh pasukan penguat kuasa Sarawak Energy.

Di premis tersebut, pihak penguat kuasa terpaksa memotong penghadang pintu yang dipasang oleh operator dan menghalang akses ke lokasi meter diletakkan.

Kedua-dua premis merekodkan penggunaan tenaga berjumlah antara RM700 hingga RM800 sebulan yang mana tidak munasabah bagi perniagaan yang dijalankan.

Semua bukti disita dan laporan polis dibuat bagi siasatan lanjut dan pendakwaan di mahkamah.

Pengusaha akan didenda dengan penggunaan yang tidak dibilkan berdasarka­n kerugian sepanjang tempoh kecurian kuasa.

Susulan peningkata­n kecurian tenaga, Sarawak Energy meningkatk­an usaha untuk memantau rapi aktiviti terbabit dan akan terus menjalanka­n operasi bersama polis dan EIU.

Mereka yang didapati bersalah mencuri elektrik boleh didakwa di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang boleh didenda RM100,000dan/ataupenjar­a lima tahun.

Orangramai­bolehmelap­or terus sebarang kecurian kuasa menerusi talian 082443535 dan semua maklumat adalah rahsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia