Utusan Borneo (Sabah)

Tinggal sehelai sepinggang

Tiga rumah terbakar, sebuah ranap sepenuhnya di Kpg Usaha Jaya; sebuah lagi musnah di Kpg Sessang

-

SIBU: Tiga rumah terjejas termasuk sebuah ranap keseluruha­nnya dalam kebakaran di Lorong 2, Kampung Usaha Jaya, Jalan Sentosa di sini pagi Sabtu.

Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP)SibuSentra­l telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi.

Pegawai Operasi BBP Sibu Sentral Muhamad Jusoh berkata, setibanya di lokasi anggota bomba terus bertindak melakukan operasi pemadaman kebakaran rumah kayu dua tingkat jenis tidak kekal.

Katanya, pasukan sokongan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dengan kekuatan enam anggota turut hadir untuk membantu operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan tiga rumah termasuk sebuah rumah kayu dua tingkat terbakar 100 peratus, manakala dua lagi rumah masing-masing terbakar 30 dan 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan api berjaya dikawal pada jam 9.41 pagi.

“Dua rumah yang dibina berhampira­n dengan rumahrumah yang terjejas berjaya diselamatk­an daripada terbakar selepas keadaan terkawal 10 minit kemudian,” katanya sambil menambah, 25 penghuni terjejas dalam kejadian tersebut.

Di KABONG, tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sessang, tengah malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, berdasarka­n keterangan ketua keluarga tersebut, Sabeli Paiee, kebakaran dipercayai berlaku sekitar jam 12.20 tengah malam.

“Menurut mangsa (Sabeli), ketika kejadian salah seorang anak perempuann­ya yang tidur di ruang tamu terhidu bau terbakar dari bilik tidur salah seorang anak lelakinya.

“Berikutan itu, anak mangsa telah bertindak mengejutka­n mangsa. Dia kemudian memeriksa bilik tersebut dan mendapati kebakaran sedang berlaku.

“Mangsa berusaha memadam kebakaran tersebut dengan menggunaka­n air tetapi tidak berjaya kerana api telah mulai marak,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Melihatkan api tidak dapat dipadam, mangsa bertindak mengejutka­n semua ahli keluargany­a dan mengarahka­n mereka keluar dari rumah.

Nazry berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati rumah terbabit telah terbakar 100 peratus.

“Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berdekatan dan api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya dalam tempoh dua jam.

“Kita masih menjalanka­n siasatante­ntangpunca­kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN rumah yang ranap keseluruha­nnya dalam kebakaran di Kampung Usaha Jaya, Jalan Sentosa, Sibu pada Sabtu.
KEADAAN rumah yang ranap keseluruha­nnya dalam kebakaran di Kampung Usaha Jaya, Jalan Sentosa, Sibu pada Sabtu.
 ??  ?? KEBAKARAN yang memusnahka­n rumah kayu di Kampung Sessang Kabong, tengah malam Jumaat.
KEBAKARAN yang memusnahka­n rumah kayu di Kampung Sessang Kabong, tengah malam Jumaat.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah di Kampung Usaha Jaya, Jalan Sentosa, Sibu pada Sabtu.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah di Kampung Usaha Jaya, Jalan Sentosa, Sibu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia