Utusan Borneo (Sabah)

Wanita sarat mengandung antara ditahan positif dadah di Miri

-

MIRI: Seorang ibu sanggup mempertaru­hkan kesihatan bayi dalam kandungann­ya yang dianggarka­n berusia lapan bulan apabila dia ditahan setelah didapati positif dadah dalam operasi yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini malam Jumaat.

Turut ditahan bersama wanita yang sarat mengandung itu ialah suaminya yang juga didapati positif dadah.

Seramai 21 individu ditahan berusia 21 hingga 48 tahundidua­lokasibera­singan di Piasau Utara dan Pujut 9 dalam operasi bermula jam 11.15 malam hingga 12.30 tengah malam.

Sehubungan itu, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Cawangan Miri untuk tindakan selanjutny­a.

Daripada jumlah terbabit, 10 lelaki dan seorang wanita didapati positif dadah setelah menjalani ujian saringan air kencing.

Timbalan Pengarah Pencegahan AADK Negeri Sarawak Yuliani Yahya yang menerajui operasi tersebut berkata, ia bertujuan untuk mengesan penagih dan mengikhtia­rkan usaha pemulihan melalui pusat pemulihan yang dikendalik­an oleh AADK.

Sementara itu, Ketua Cawangan AADK Miri Mazlan Jikran berkata, tangkapan dibuat berdasarka­n laporan orang awam dan juga ahli keluarga penagih.

“Operasi ini dijalankan sempena dengan Program Jerayawara One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah dan Bahan Sempena Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sarawak bertemakan Komuniti Kita Tanggungja­wab Kita yang berakhir di bandar raya Miri.

“Operasi bertujuan untuk memberikan peringatan serta kesedaran kepada komuniti berhubung penyalahgu­naan dadah dalam masyarakat,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Operasi malam kelmarin dianggotai AADK Miri, Bintulu dan Limbang, Pejabat Residen Bahagian Miri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Jawatankua­sa Penduduk (JKP) Pujut.

 ??  ?? ANTARA lelaki yang ditahan sedang menjalani ujian saringan awal air kencing.
ANTARA lelaki yang ditahan sedang menjalani ujian saringan awal air kencing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia