Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut kereta terbabas dan melanggar pokok

-

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Demak Laut, pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Chang Siaw Fui berusia 40 tahun dari Skim Penempatan Batu Kawa, Jalan Batu Kawa, Kuching.

“Pada jam lebih kurang jam 6.30 pagi (Sabtu), berlaku satu kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta dipercayai hilang kawalandan­terbabaske­bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh pokok.

“Mangsa yang memandu dari arah Jalan Keruing menuju ke arah Demak Laut maut dalam kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Alexson memberitah­u, ketika kejadian cuaca hujan renyai-renyai dan keadaan permukaan jalan basah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” ujarnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.47 pagi berhubung insiden kemalangan itu.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nurzainuld­in Marzukie mendapati sebuah kereta terlibat dalam kemalangan dan remuk di bahagian tempat duduk pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarka­n bagaimanap­un telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa masih berada bersebelah­ankeretany­a sementara menunggu ketibaan polis.
MAYAT mangsa masih berada bersebelah­ankeretany­a sementara menunggu ketibaan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia