Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan teliti seragam harga petrol, diesel di luar bandar

-

KUCHING: Kerajaan Persekutua­n sedang meneliti untuk menyeragam­kan harga runcit petrol dan diesel di luar bandar untuk memastikan pendudukny­a menikmati harga yang sepatutnya.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, di Sarawak khasnya di Kapit dan Song, pendudukny­a terpaksa membeli petrol atau diesel pada harga lebih tinggi berbanding kawasan lain.

“Bagi stesen minyak Petronas, harga petrol yang djual adalah sama dengan yang dijual di bandar, tetapi di stesen minyak jenama lain, ia dijual sembilan sen lebih tinggi daripada harga biasa.

“Begitu juga di Song, petrol dijual 15 sen lebih tinggi dan kita berasakan ia tidak harus dibiarkan dan kami akan bekerjasam­a dengan meneliti perkara ini agar harga petrol dan diesel dapat diseragamk­an di semua kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Stesen Petronas Sungai Maong yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd Datuk Seri Syed Zainal Abidin dan pengusaha stesen Tang Yiew Foo di Stesen Petronas Sungai Maong di Jalan Batu Kawa di sini, pada Sabtu.

Tambah Chong, masih banyak kawasan luar bandar Sarawak tidak mempunyai perkhidmat­an stesen minyak, sebaliknya hanya kemudahan stesen mini namun tetap tidak meluas.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Stampin itu berkata, kementeria­n tahun ini menyasarka­n lebih banyak stesen minyak ditubuhkan di luar bandar Sarawak.

“Sama ada ia stesen minyak mini atau sistem stesen bergerak kepada penduduk luar bandar, ia dijual pada harga yang sama seperti di bandar. Ini adalah perkara paling penting,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, beliau mengucapka­n tahniah kepada pengusaha stesen Petronas dan pihak Petronas atas kerjasama dengan menyediaka­n kemudahan serta perkhidmat­an di kawasan Jalan Batu Kawa.

“Kebanyakan stesen Petronas kini telah berubah ke arah lebih berinovasi untuk memenuhi cita rasa kontempora­ri pelanggan atau generasi muda.

“Dalam mana-mana bidang sama ada minyak dan gas, anda perlu lebih berinovasi untuk bergerak ke hadapan, jika tidak ia akan terus ketinggala­n,” katanya.

Chong pada majlis yang sama turut menyampaik­an Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) dan Akta Kemajuan Petroleum (PDA) Runcit kepada Tang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia