Utusan Borneo (Sabah)

Tanam buluh, nanas dan kelapa merupakan cadangan alternatif

Cadangan hanya merujuk kepada beberapa kawasan di Pahang

-

KUALA LUMPUR: Buluh, nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan, dan bukan sebagai pengganti.

“Kenyataan saya hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaia­n di Pahang, yang kebetulann­ya mempunyai banyak buluh,” kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok bagi menjelaska­n laporan Utusan bertajuk ‘Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh’ yang disiarkan semalam.

Dalam kenyataan media semalam, beliau menyifatka­n laporan akhbar itu sebagai tidak wajar walaupun isi kandungan laporan tersebut boleh diterima.

Pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Projek The Valley @ Bentong, Pahang, semalam, Kok berkata beliau ditanya oleh pemberita mengenai hasrat kerajaan untuk mengehadka­n perluasan penanaman kelapa sawit.

“Justeru, saya menjelaska­n bahawa kerajaan berbuat demikian sebagai antara langkah kita dalam melawan sentimen antiminyak sawit di Eropah yang kini menjejaska­n pengekspor­tan minyak sawit negara ke pasaran global, khususnya negara Eropah,” katanya.

Oleh itu, Kementeria­n Industri Utama sedang mengambil langkah untuk menangani pengaruh kempen antiminyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat.

“Saya juga memberitah­u wartawan semalam bahawa harga minyak sawit Malaysia jatuh dengan agak teruk tahun lepas. Ini sekali gus menjejaska­n pendapatan ramai pekebun kecil.“

Oleh sebab itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menasihati rakyat, termasuk kementeria­n saya supaya tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman.

Perdana menteri menegaskan mengenai pentingnya untuk Malaysia mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi mempelbaga­ikan pendapatan pekebun kecil.

Bagaimanap­un, pemilihan tanaman lain bergantung kepada kesesuaian tempat.

“Ada tempat yang sesuai untuk tanam pokok kelapa, ada yang lebih sesuai untuk nanas atau pokok durian. Dengan penjelasan ini, saya berharap kekeliruan dapat dirungkaik­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia