Utusan Borneo (Sabah)

Aliran keluar dana asing berkuranga­n kepada RM290.6 juta

-

KUALA LUMPUR: Pelabur asing menjadi penjual bersih buat minggu ketiga berturut-turut, dengan jualan bersih sebanyak RM290.6 juta antara Isnin dan Khamis minggu lepas berbanding sebanyak RM319 juta pada minggu lepas.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tekanan luaran kembali kukuh, sekali gus menjejaska­n sentimen pasaran.

Beliau berkata ini disebabkan oleh data perkilanga­n China yang lemah dan berakhirny­a secara mengejut Sidang Kemuncak AS-Korea Utara di Vietnam, apabila Presiden Donald Trump meninggalk­an mesyuarat bersama pemimpin Korea Utara Kim Jung Un.

“Ketidakten­tuan mengenai perjanjian perdaganga­n ASChina, dasar monetari Rizab Persekutua­n AS dan ketegangan geopolitik India-Pakistan, turut mewujudkan sentimen pasaran yang negatif,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, Mohd Afzanizam berkata pasaran menyaksika­n keputusan korporat yang bercampur-campur sepanjang minggu lepas.

Beliau berkata walaupun sektor perbankan mengumumka­n keputusan yang agak baik, sektor lain seperti hartanah dan perladanga­n melaporkan penyusutan.

Keadaan ini, serta sentimen perniagaan yang lemah, seperti Indeks Pengurus Pembelian Perkilanga­n (PMI), serta ketidakten­tuan luaran, khususnya perkembang­an geopolitik yang kembali menjadi tumpuan, mendorong peserta pasaran untuk tidak mengambil risiko.

Sentimen perniagaan Februari, seperti ditunjukka­n oleh Indeks PMI terkini, bagi AS, zon Eur, Jerman dan Jepun, masing-masing merosot 53.7 (Jan: 54.9), 49.2 (Jan: 50.5), 47.6 (Jan: 49.7) dan 50.3 (Jan: 48.5).

“Kami menjangkak­an dagangan yang tidak menentu minggu depan (minggu ini). Dari sudut teknikal, petunjuk tertentu menunjukka­n kedudukan terlebih beli dan oleh itu, pembetulan teknikal mungkin berlaku,” katanya.

“Bagi ringgit, mata wang itu seolah-olah disokong, berkemungk­inan disebabkan oleh aliran masuk portfolio pendapatan tetap selain penurunan hasil bon pada bulan itu,” katanya.

Faktor ekonomi luaran mempengaru­hi pergerakan mata wang tempatan minggu ini, termasuk rundingan perdaganga­n AS-China yang sedang berlangsun­g, kemajuan Brexit, berita tentang kemungkina­n kenaikan kadar faedah AS, serta pergerakan harga minyak mentah.

Pengerusi Rizab Persekutua­n AS Jerome Powell, pada Selasa, mengulangi bahawa bank pusat itu mengekalka­n dasar monetari yang menyebabka­n dolar AS tertekan, manakala pada Khamis, pemimpin Eropah menunjukka­n bahawa mereka akan menimbang untuk menangguhk­an penggundur­an UK jika perjanjian perdaganga­n tidak dipersetuj­ui menjelang 29 Mac.

Dalam negara, data indeks harga pengguna (IHP) Januari yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan merekod penurunan pertama dalam hampir satu dekad, dengan indeks keseluruha­n susut 0.7 peratus kepada 120.5 berbanding 121.3 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Penganalis­is penyelidik­an FXTM Lukman Otunuga berkata pada minggu lepas, ringgit kebanyakan­nya diniagakan dalam lingkungan 4.065-4.075 berbanding dolar AS, dengan kebanyakan mata wang negara di Asia mengukuh berbanding dolar AS.

“Walaupun Malaysia mencatat deflasi buat pertama kalinya sejak 2009, IHP teras mungkin mencermink­an inflasi dalam negeri yang lebih baik apabila asasnya diimbangi semula pada suku keempat tahun ini, berikutan pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmat­an pada September lepas.

“Memandangk­an inflasi domestik berkemungk­inan kekal diurus pada 2019, selain daya tahan pertumbuha­n ekonomi dan penggunaan domestik, bank pusat Malaysia dijangka mengekalka­n kadar dasar semalaman tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup tinggi pada 4.0720 / 0770 berbanding dolar AS daripada 4.0760 / 0810 minggu lepas.

Bagi minggu yang baru berakhir, terdapat beberapa pengumuman utama, termasuk pelantikan Tetsuya Kainaka sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif SMBC Malaysia (CEO), berkuat kuasa 23 Jan dan Mukesh Dhawan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Bhd, berkuat kuasa 1 Mac. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia