Utusan Borneo (Sabah)

Pemain sektor pengangkut­an pasaran kereta terbang

-

ALOR GAJAH: Pasaran utama kereta terbang yang akan dibangunka­n di negara ini adalah syarikat perkhidmat­an pengangkut­an atau pemain sektor pengangkut­an lain, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak maklum balas positif, terutama dari syarikat antarabang­sa, termasuk membabitka­n aspek pembanguna­n prototaip dan pelan tindakan.

“Setakat ini banyak pihak menunjukka­n minat terhadap pembanguna­n kereta terbang ini termasuk Grab, yang bercadang menggunaka­n ia sebagai perkhidmat­an teksi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Karnival Keusahawan­an Durian Tunggal 2019, di sini kelmarin.

Justeru, pasaran jualan komersial kepada orang ramai bukanlah sasaran pasaran kereta itu seperti tanggapan ramai masa ini, katanya ketika diminta mengulas relevan penggunaan dan penjualan kereta terbang dalam kalangan rakyat negara ini selepas pengumuman pembanguna­n kereta itu mendapat pelbagai reaksi, sebahagian besarnya negatif.

“Kereta terbang ini bukan untuk dijual kepada orang ramai, sama seperti pembanguna­n (kereta) Formula 1 dan kapal terbang. Orang ramai tidak beli kereta Formula 1 dan kapal terbang sebaliknya mereka naik kapal terbang itu.

Bernama pada Selasa lepas melaporkan Mohd Redzuan berkata kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan, dengan prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenal­kan tahun ini.

Mohd Redzuan berkata pembanguna­n kereta terbang itu bakal menarik pelaburan luar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya melibatkan bidang kejurutera­an.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata rakyat di negara ini diminta memahami dan menerima usaha kerajaan terhadap pembanguna­n kereta terbang itu secara positif serta terbuka agar dapat bersaing dan setaraf dengan rakyat negara maju pada masa hadapan.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia