Utusan Borneo (Sabah)

Peluang cerah untuk segmen kapal sokongan luar pesisir

-

KUALA LUMPUR: Segmen kapal sokongan luar pesisir (OSV) yakin memperoleh lebih banyak tawaran tender, terutama daripada Petronas, berikutan aktiviti dalam industri minyak dan gas kini kembali meningkat, selari peningkata­n harga minyak mentah Brent sebanyak AS$66 setong.

Sepanjang tempoh harga minyak yang rendah pada 2016, apabila harga jatuh kepada AS$28 setong, tidak sampai 100 kapal disewa.

Berikutan kestabilan harga minyak pada AS$66 setong, Persatuan Pemilik OSV Malaysia (MOSVA) menjangkak­an penggunaan penuh kapasiti industri sebanyak 300 kapal, kata Presidenny­a, Mohamed Safwan Othman.

“Kestabilan harga minyak mewujudkan permintaan yang stabil, sama ada daripada syarikat minyak negara atau syarikat minyak lain di Malaysia seperti ExxonMobil, Shell dan Repsol,” katanya kepada Bernama.

Petronas sebagai contoh, sudah memulakan kerja penyelengg­araan, penggerudi­an dan penerokaan, susulan pengumuman terdapat 20 projek medan minyak baharu dan 30 medan minyak lama antara 2018 dan 2020 yang berpotensi untuk projek minyak masa depan.

Mohamed Safwan berkata sejak tiga tahun lepas, mulai 2014, Petronas menghentik­an semua kegiatanny­a kecuali untuk pengeluara­n, yang mengakibat­kan penurunan ketara OSV yang diperlukan, dengan hanya 170 kapal digunakan berbanding 300 sebelumnya.

“Sejak Julai 2018, ketika harga minyak mencecah AS$70 setong, kami melihat aktiviti kembali meningkat. Dan bayangkan 20 projek medan baharu, mereka pastinya memerlukan sehingga tiga OSV. Ini perkiraan mudah mengenai jumlah kapal yang diperlukan, terutama untuk tempoh tiga tahun sehingga 2020,” katanya.

Menurut Mosva, berdasarka­n keperluan OSV untuk 2019-2021, Petronas telah mengeluark­an kontrak untuk 107 kapal menerusi pakej Kawalan Menara Logistik Bersepadu.

“OSV yang paling banyak diperlukan untuk projek pembanguna­n ialah kapal bekalan tunda pengendali­an sauh, kapal bekalan platform, kapal bekalan lurus dan bot laju untuk pekerja,” katanya.

Mosva mempunyai 24 anggota di negara ini, dengan jumlah berat DWT terkumpul sebanyak 540,000 ton, mewakili 90 peratus OSV Malaysia.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia