Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangkaka­n tidak banyak berubah

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangkaka­n tidak banyak berubah pada minggu pertama Mac, didagangka­n pada paras 4.06-4.08 berbanding dolar AS, kata penganalis­is penyelidik­an FXTM, Lukman Otunuga.

Beliau berkata pelabur akan melihat data perdaganga­n luar Januari pada 4 Mac dan keputusan mengenai dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia pada 5 Mac.

“Memandangk­an inflasi domestik berkemungk­inan dapat diurus pada 2019, serta daya tahan dalam pertumbuha­n ekonomi dan penggunaan domestik, bank pusat Malaysia dijangka mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Lukman berkata angka eksport dan import Januari Malaysia akan dipantau rapat berdasarka­n latar belakang pertumbuha­n global.

“Indeks Pengurus Pembelian Pengilanga­n China bagi Februari terus merosot, menjurus kepada pertumbuha­n ekonomi yang sederhana dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

“Oleh itu, ekonomi kecil dan terbuka seperti Malaysia mungkin merasakan kesan kelembapan China menerusi saluran perdaganga­n,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya kejutan positif luar biasa membabitka­n angka eksport Malaysia pada Disember, mampu meningkatk­an ringgit dalam tempoh terdekat.

“Perkembang­an positif yang signifikan dalam rundingan perdaganga­n AS-China juga boleh membawa ringgit di bawah paras 4.06,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup rendah sejajar dengan kebanyakan mata wang ekonomi pesat membangun Asia, ekoran banyak pelabur enggan memasuki pasaran susulan ketidakten­tuan dalam rundingan perdaganga­n ASChina.

Dolar AS terus mantap berbanding pesaing utamanya pada Jumaat, disokong oleh kenaikan dalam pulangan Perbendaha­raan AS selepas data menunjukka­n bahawa ekonomi AS meningkat 2.6 peratus pada suku keempat.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.0720/0770 berbanding dolar AS daripada 4.0760/0810 pada minggu sebelumnya.

Ia juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6383/6438 daripada 3.6770/6825 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0105/0146 daripada 3.0119/0165 Jumaat sebelumnya.

Unit tempatan bagaimanap­un lemah berbanding euro kepada 4.6258/6319 daripada 4.6214/6287 dan rendah berbanding pound British kepada 5.3921/3000 daripada 5.3065/3135. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia