Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLIBOR dijangka kekal tidak berubah Momentum kenaikan dalam pasaran getah dijangka berterusan

-

KUALA LUMPUR: Dagangan kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka kekal lengang pada minggu ini berikutan minat belian yang lemah.

Kontrak hadapan KLIBOR tidak diniagakan sepanjang minggu dengan jumlah dagangan dan kepentinga­n terbuka kekal sifar.

Pada Jumaat, bulan semerta Mac 2019, April 2019, Mei 2019 dan Jun 2019 masing-masing ditambat pada 96.22.

Kadar asas KLIBOR tiga bulan tidak berubah daripada 3.69 peratus yang direkodkan pada minggu sebelum ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan trend kenaikan pada minggu ini berikutan prospek yang lebih positif, di samping ransangan oleh kebimbanga­n bekalan yang terhad, peningkata­n harga minyak serta Mesyuarat Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC) yang dijadualka­n dalam minggu yang sama.

Menurut seorang peniaga, prospek jangka pendek yang menarik berikutan kemarau di Malaysia dan Thailand akan menyebabka­n bekalan menjadi lebih terhad.

“Ini menyediaka­n sentimen kenaikan di pasaran, dan di samping itu, pegawaipeg­awai dari negara anggota ITRC akan bermesyuar­at di Thailand pada minggu ini untuk memuktamad­kan Skim Muatan Tanan Eksport Dipersetuj­ui bagi mengurangk­an eksport,” katanya.

Untuk minggu yang baru berakhir, pasaran diniagakan kebanyakan­nya lebih tinggi, disokong oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih baik, penyusutan ringgit berbanding dolar AS, peningkata­n harga minyak dan mesyuarat ITRC.

Atas dasar Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 menokok sebanyak 25.5 sen kepada 599.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 16.0 sen kepada 438.5 sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 naik 18.0 sen kepada 600.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal adalah 24 sen lebih kukuh pada 450.5 sen sekilogram.

Harga getah mencecah paras paling tingginya sejak Disember 2018 pada hari Jumaat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia