Utusan Borneo (Sabah)

Santiana menang anugerah Juara Lagu dan Persembaha­n Terbaik

- -Jabatan Penerangan

ANUGERAH Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim Ke-12 melabuhkan tirai dengan menobatkan Santiana Ramli menerusi lagu ‘Keseoranga­n’ sebagai Juara Lagu dan Persembaha­n Terbaik. Lagu ciptaan Santiana sendiri dan komposer Saiful Khan yang berasal dari Keningau itu berjaya membawa pulang hadiah terkumpul RM6,000 serta trofi, sijil penyertaan dan pakej percutian.

Anugerah Vokal Terbaik pula dimenangi oleh artis berasal dari Putatan, Apiz Paschya dengan lagu ciptaan liriknya Nazri Saidali dan Mawar Kausar bertajuk ‘Pencinta Dalam Rahsia’.

Sementara itu, lagu dan lirik ciptaan Ed Widad dan Dewi Kencana, yang dibawakan oleh Qalisya bertajuk ‘Hadirnya Dirimu’, berjaya merangkul Anugerah Lirik Terbaik.

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah pada kali ini turut menyiarkan siaran langsung Anugerah Juara CLAS menerusi aplikasi Facebook (FB-Live Boadcast) sebagai salah satu usaha memberikan liputan meluas kepada penggemar muzik tempatan.

Atas inisiatif itu, RTM Sabah juga mewujudkan satu anugerah khas iaitu Anugerah Lagu Popular melalui undian terbanyak semasa acara itu berlangsun­g di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), malam Sabtu.

Dalam pada itu, artis dan lagu popular yang berjaya menambat hati peminat serta dengan undian terbanyak hasil penghakima­n awam menerusi FB adalah ‘Keluh’ gubahan lagu serta lirik oleh Mawar Kausar dan persembaha­n artis Tantiana Tukiman.

Semua pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai RM1,000 manakala saguhati menerima RM700, trofi, sijil penyertaan serta hadiah iringan yang disampaika­n Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Azhar Matussin.

Matlamat pertanding­an adalah bagi menggalakk­an penciptaan lagu dalam Bahasa Melayu yang berkualiti dalam kalangan komposer Sabah serta dinyanyika­n oleh artis tempatan dan seterusnya menembusi pasaran di luar Sabah.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Malaysia (Sabah) Malinaziah Datu Mohd Julaspi dan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AZHAR menyampaik­an Anugerah Lirik Terbaik kepada Ed Widad dan Dewi Kencana sambil diperhatik­an Malinaziah (dua dari kanan).
AZHAR menyampaik­an Anugerah Lirik Terbaik kepada Ed Widad dan Dewi Kencana sambil diperhatik­an Malinaziah (dua dari kanan).
 ??  ?? AZHAR (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang dan peserta Anugerah CLAS musim ke-12.
AZHAR (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang dan peserta Anugerah CLAS musim ke-12.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Apiz yang menerima Anugerah Vokal Terbaik.
PERSEMBAHA­N Apiz yang menerima Anugerah Vokal Terbaik.
 ??  ?? PARA pemenang dan peserta bersama komposer masing-masing merakamkan gambar kenangan.
PARA pemenang dan peserta bersama komposer masing-masing merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia