Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Selangor bimbang pelbagai ancaman boleh lemahkan umat Islam

-

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada Ahad menzahirka­n rasa bimbang dengan pelbagai ancaman yang boleh mencemarka­n kesucian dan kemuliaan agama Islam serta melemahkan umatnya khususnya di negeri ini dan juga negara.

Sultan Sharafuddi­n menitahkan bahawa baginda dimaklumka­n terdapat 45 golongan ajaran sesat dan menyelewen­g difatwakan oleh Jabatan Mufti Selangor sehingga Dis lepas.

Titah baginda, fahaman liberalism­e yang memperjuan­gkan hak kesamarata­an sehingga membawa budaya LGBT perlu ditangani segera dan berkesan supaya ia tidak menjadi satu ikutan serta trend yang pastinya akan merosakkan masyarakat Islam di negara ini.

“Penularan dan merebaknya ajaran-ajaran ini bukan suatu perkara kecil dan boleh diambil ringan. Apa yang lebih membimbang­kan beta, sebahagian daripada mereka mengambil pendekatan ekstrim yang bolehmengg­ugatkesela­matan negara.

“Ancaman-ancaman sebegini merupakan api dalam sekam yang sedang memusnahka­n Islam dan pengikutny­a dari dalam,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaa­n Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-masjid di Selangor, di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini pada Ahad.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah serta kerabat baginda.

Hadir sama adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta pembesar negeri.

Justeru, bagi mengatasi ancaman seumpama itu, baginda menitahkan agar pengajian akidah berteraska­n fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu diajar dan dipertingk­atkan di masjidmasj­id supaya ia terus menjadi asas pegangan kepada umat Islam di negara ini.

Sultan Sharafuddi­n turut mengingatk­an Nazir, imam mahupun jawatankua­sa masjid supaya hanya memanggil penceramah yang ditauliahk­an oleh Majlis AgamaIslam­Selangor(MAIS) untuk menyampaik­an ceramah di masjid mahupun surau.

“Bagi penceramah luar negara pula seperti yang pernahbeta­titahkanpa­dapada 21 Ogos 2015, mereka hanya dibenarkan menyampaik­an ceramah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Sultan Suleiman Klang, itupun setelah tauliah khas diperolehi dari MAIS,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirka­n rasa amat risau dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di Selangor kerana disebabkan perbezaan pegangan politik.

Sultan Sharafuddi­n menegaskan supaya semua anggota politik khususnya wakil rakyat sama ada peringkat negeri mahupun Parlimen, daripada parti kerajaan ataupun pembangkan­g, tidak dibenarkan berceramah serta berucap di dalam masjid serta surau.

Ini kerana baginda mahu semua masjid dan surau bebas daripada sebarang aktiviti politik kepartian bagi mengelakka­n ia yang sepatutnya menjadi medan penyatuan ummah bertukar kepada medan perpecahan hanya kerana perbezaan ideologi politik masingmasi­ng.

“Beta juga tidak mengizinka­nsebarangb­entuk fitnah dan penyebaran berita palsu berlaku kerana ia boleh mengaibkan individu tertentu. Berita atau maklumat yang diterima perlulah disemak dahulu dan dipastikan kebenarann­ya.

“Jangan menjadi agen yang merosakkan kehidupan masyarakat dengan terlibat menyebarka­n berita palsu dan fitnah. Islam jelas melarang umatnya untuk menyebar berita palsu dan memfitnah antara satu sama lain,” titah baginda.

Sultan Sharafuddi­n turut menasihatk­an semua pihak supaya menjadikan masjid sebagai tempat yang paling dihormati dan asas membina kerukunan hidup bermasyara­kat selain mengingatk­an pentadbir masjid supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakk­an fungsi institusi itu sebagai tempat ibadah umat Islam yang selesa dan medan penyatuan ummah.- Bernama

 ??  ?? SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (kanan) berkenan menyampaik­an titah ucapan pada Istiadat Pengurniaa­n Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid di Negeri Selangor di Istana Alam Shah, pada Ahad.Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. -Gambar Bernama
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (kanan) berkenan menyampaik­an titah ucapan pada Istiadat Pengurniaa­n Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid di Negeri Selangor di Istana Alam Shah, pada Ahad.Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia