Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama Umno-Pas tidak bimbangkan PH

Tun Mahathir yakin gabungan sebegitu hanya berlaku pada PRK

- -Gambar Bernama

PUTRAJAYA:Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak bimbang dengan kerjasama Umno-Pas yang menjadi antara punca kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata beliauyaki­ngabungans­ebegitu hanya akan berlaku pada PRK yang kemenangan­nya tidak membawa makna besar.

“Dalam pilihan raya kecil menang kalah tidak penting tetapi dalam pilihan raya umum lain, mereka tidak tidak boleh bekerjasam­a.

“Kalau mereka bekerjasam­a Pas tidak akan mendapat apa-apa,” kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Landskap Negara di Taman Botani, di sini pada Ahad.

BN merampas kembali kerusi DUN Semenyih pada PRK semalam yang menyaksika­ncalonnyaZ­akaria Hanafi mengatasi calon PH Mohammad Aiman Zanali dan dua lagi calon dengan majoriti 1,914 undi,.

Mengakui penggunaan isu agama yang keterluan ketika kempen juga antara punca kekalahan PH, Dr Mahathir berkata pihaknya akan segera melakukan ‘postmortem’ bagi mengenal pasti punca sebenar gabungan itu gagal mempertaha­nkan kerusi DUN Semenyih yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.

Beliau berkata perbezaan majoriti yang diraih juga menunjukka­n pengundi Semenyih sudah berubah fikiran akibat persepsi negatif dan provokasi agama tidak perlu yang berlaku sepanjang tempoh berkempen.

“Ada sesetengah pihak yang melakukan provokasi tidak perlu seperti melukis kartun Nabi Muhammad sedangkan perkara sebegini tidak menyumbang ke arah kebaikan negara,” katanya.

Berhubung kegagalan menunaikan janji manifesto yang juga dilihat antara faktor menyumbang kekalahan PH itu, Dr Mahathir berkata kerajaan memerlukan masa yang lebih panjang untuk merealisas­ikan janji mereka.

Perdana Menteri berkata ketika pihaknya berusaha menunaikan janji pilihan raya, kerajaan juga pada masa

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

yang sama perlu membayar hutang lebih RM1 trilion yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu.

Menjadikan hutang projek Laluan Rel Pantai Timur sebagai contoh, Dr Mahathir berkata kerajaan terpaksa membayar faedah RM200 juta pada setiap enam bulan bagi pinjaman RM55 bilion yang dibuat kerajaan terdahulu untuk melaksanak­an projek tersebut.- Bernama

“Dalam pilihan raya kecil menang kalah tidak penting tetapi dalam pilihan raya umum lain, mereka tidak tidak boleh bekerjasam­a. ”

 ??  ?? DR MAHATHIR (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan SeriGreen Garden and Landscape Sdn Bhd Jamaliah Hamdan (kiri) ketika melawat pameran bunga orkid pada Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2019 bertemakan ‘Malaysia Negara Taman Terindah’ di Taman Botani, pada Ahad.
DR MAHATHIR (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan SeriGreen Garden and Landscape Sdn Bhd Jamaliah Hamdan (kiri) ketika melawat pameran bunga orkid pada Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2019 bertemakan ‘Malaysia Negara Taman Terindah’ di Taman Botani, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia