Utusan Borneo (Sabah)

Agenda pembanguna­n di Semenyih akan diteruskan

-

PETALING JAYA: Agenda pembanguna­n di Semenyih akan diteruskan walaupun Pakatan Harapan (PH) gagal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata agenda pembanguna­n di Semenyih telah dirancang awal dan ia termasuk dalam kerangka belanjawan negeri.

“Cuma mungkin perlukan masa untuk susun semula dan laksanakan­nya berdasarka­n jadual.

“Itu semua adalah dalam kerangka belanjawan negeri dan bukanlah kerana PRK. Kami bukanlah hendak ‘hukum’ Semenyih...,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Malaysia Woman Marathon 2019 (MWM2019) di Padang Timur, di sini pada Ahad.

Turut hadir Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

Mengulas kegagalan calon PH pada pilihan raya kecil Semenyih pada Sabtu, Amirudin berkata PH perlu menyemak semula beberapa dasar dan keputusan demi memastikan kelestaria­n PH sama ada di peringkat persekutua­n mahupun negeri.

“PRK DUN Semenyih adalah satu pertarunga­n yang agak sengit dan mendebarka­n. Saya tidak nafikan kami perlu semak kembali dan teliti semula beberapa polisi dan keputusan demi kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Pada pilihah raya kecil DUN itu semalam, Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula kerusi DUN Semenyih apabila calonnya, Zakaria Hanafi memenangi pertanding­an empat penjuru itu dengan majoriti 1,914 undi.

Zakaria, 58, meraih 19,780 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali, 30, yang memperoleh 17,866 undi; Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia