Utusan Borneo (Sabah)

PH perlu kerja keras untuk terus tawan hati rakyat

-

IPOH:Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja keras memastikan rakyat terus bersama parti itu, terutama selepas kekalahan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pada Sabtu.

Ketua Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kekalahan pada PRK itu bukan menjadi penyebab menunding jari atau menyalahka­n pihak tertentu.

“Ini bukan masa untuk saya menyalahka­n sesiapa, kita semua perlu bermuhasab­ah diri, semua ada peranan untuk dimainkan. Kita perlu perbaiki semuanya termasukla­h diri saya, Armada (Angkatan Bersatu Anak Muda) serta Pemuda Harapan. saya rasa kita perlu buat perancanga­n semuIa.

“Kita perlu bermuhasab­ah dan melangkah ke hadapan. Kita perlu bekerja seperti biasa. Kita mengucapka­n tahniah kepada Barisan Nasional (BN) dan ribuan terima kasih kepada jentera PH dan Pemuda harapan yang dilihat bergerak secara aktif pada PRK itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama bertajuk: ‘Grassroot VS Rest Of The World’ di hari terakhir Persidanga­n Industri Profesiona­l e-Sports (EPIC) 2019 di pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Ahad.

Syed Saddiq yang juga Ketua Armada akur dengan kekalahan calon PH, Muhammad Aiman Zainali pada PRK berkenaan dan menganggap keputusan itu merupakan kuasa serta pilihan rakyat.

“PH perlu muhasabah dan mencari titik pertemuan untuk terus melangkah ke hadapan selain menghormat­i pilihan rakyat. Kepada rakyat Semenyih, saya menyusun 10 jari, meminta maaf kalau ada sebarang kesalahan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia