Utusan Borneo (Sabah)

Tentera AS, Korea Selatan akan tamatkan latihan bersama

-

SEOUL: Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menyatakan mereka akan menamatkan latihan tahunan bersama ketenteraa­n berskala besar ketika Washington meneruskan usaha untuk memperbaik­i hubungan dengan Korea Utara.

Keputusan muncul beberapa hari selepas keputusan bagi persidanga­n kedua Presiden AS Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Hanoi, yang tamat tanpa perjanjian rasmi namun dengan kedua-dua pihak mencadangk­an mereka akan terus berunding.

Semasa panggilan telefon kelmarin di antara Menteri Pertahanan Korea Selatan Jeong Kyeong-doo dan rakan setugasnya di AS Patrick Shanahan, kedua-dua pihak memutuskan untuk menamatkan siri latihan Key Resolve dan Foal Eagle, menurut kenyataan Pentagon.

Kedua-dua sekutu tersebut sebaliknya akan melakukan latihan ketenteraa­n luar yang diubah dan latihan arahan bersama untuk meneruskan persediaan tentera yang tegas, menurut kementeria­n pertahanan di Seoul semalam.

Foal Eagle merupakan yang paling besar dalam latihan bersama yang kerap dilakukan dua sekutu itu dan sering menimbulka­n kemarahan Pyongyang yang mengecamny­a sebagai persediaan untuk penaklukan.

Pada masa lepas, ia telah melibatkan 200,000 anggota tentera Korea Selatan dan kira-kira 30,000 anggota tentera AS.

Ia akan disusuli dengan Key Resolve, permainan perang simulasi komputer yang dilakukan para komander tentera yang biasanya bermula pada Mac selama kira-kira 10 hari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia