Utusan Borneo (Sabah)

Kelucahan siber babit kanak-kanak, bekas pegawai polis didakwa

-

STRASBOURG: Seorang lelaki didakwa kerana menempah video rogol dan serangan seksual, sebahagian daripadany­a membabitka­n kanak-kanak, yang distrim secara langsung dari Filipina, menurut seorang pendakwa raya Perancis kelmarin.

Suspek yang merupakan bekas pegawai polis berusia 55 tahun menurut kepada akhbar L’Est Republicai­n, ditahan kerana berkonspir­asi untuk melakukan rogol dan serangan seksual terhadap seseorang di bawah usia 15 tahun, Francois Perain, pendakwa raya di bandar timur Nancy, memberitah­u AFP.

Pegawai Perancis telah menerima maklumat daripada penyiasat di Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) mengenai aktiviti seorang rakyat Perancis antara tahun 2017 dan 2018, menurut Perain.

Mereka telah mengesan aktiviti itu selepas peralatan dirampas dalam satu serbuan terhadap seorang suspek di Filipina yang memberikan bukti mengenai serangan seksual yang distriming secara langsung.

Sistem melibatkan penyiaran serangan secara langsung dan mengenakan caj kepada orang yang menontonny­a serta mangsa, sebahagian daripada mereka adalah kanak-kanak, menurut pihak pendakwa raya.

Menggunaka­n ruangan bualan atas talian, pelanggan melakukan tempahan yang menyatakan dengan khusus profil mangsa dan bagaimana mereka ingin mangsa diserang, dan membayar sejumlah AS$15 hingga AS$60.

Walaupun sebahagian daripada video itu disiarkan selepas direkod, terdapat beberapa lagi yang disiarkan secara langsung supaya orang yang menempahny­a boleh mempengaru­hi apa yang berlaku pada masa sebenar, menurut Perain.

Suspek mengaku kepada pihak penyiasat bahawa dia telah membayar bagi video sebegitu namun menyatakan tidak banyak yang melibatkan kanak-kanak, tambah pihak pendakwaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia