Utusan Borneo (Sabah)

Peguam hak asasi China dibenar pulang tetapi terus diawasi

-

BEIJING: Seorang peguam hak asasi manusia China yang terkenal muncul semula dua hari selepas hilang berikutan pembebasan­nya daripada hukuman penjara atas dakwaan subversif negara, menurut isterinya semalam.

Jiang Tianyong yang mengambil beberapa kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan pengikut Falun Gong dan penunjuk perasaan Tibet adalah salah seorang daripada lebih 200 peguam dan aktivis yang ditahan dalam kempen pembantera­san pada 2015 terhadap pengkritik mahkamah oleh pihak berkuasa Komunis.

Peguam berusia 47 tahun itu hilang pada Khamis selepas menamatkan hukuman penjara dua tahun, sebelum akhirnya muncul semula di kampung halamannya di Xinyang, wilayah Henan, menurut isterinya yang berada di Amerika Syarikat (AS).

Para penyokong telah menyatakan pihak polis di luar penjara di mana beliau dibebaskan memberitah­u mereka bahawa beliau telah dibawa pergi namun tidak menjelaska­n oleh siapa.

“Selepas tidak menemui satu sama lain selama enam tahun, kami akhirnya telah mampu untuk bercakap dan melakukan perbualan melalui video,” kata isterinya Jin Bianling.

Namun walaupun Jiang telah dibebaskan dari penjara, beliau masih belum bebas, tambah beliau.

“Beliau sedang menetap di kediaman ibu bapanya sekarang, namun terdapat anggota polis ditempatka­n di luar rumah, ke mana sahaja beliau pergi, pihak polis akan mengekorin­ya.

“Saya sangat bimbang bahawa beliau akan hilang pada bila-bila masa, maka saya berharap beliau dapat datang ke AS secepat mungkin untuk bersatu semula dengan kami,” tegas Jin.

Bukan luar biasa bagi aktivis hak asasi manusia dan penentang di China untuk terus berada di bawah pengawasan atau berdepan sekatan selepas mereka menjalani hukuman penjara.

Hu Jia, aktivis yang berpusat di Beijing yang telah menjalani hukuman penjara tiga tahun pada 2008, menyatakan beliau segera diletakkan di bawah penahanan di rumah sejak 2004.

Kehilangan Jiang, yang didakwa menghasut untuk subversif pada 2017, turut muncul ketika China meneruskan untuk menyekat aktivis hak asasi manusia dan peguam di negara ini.

Pada Januari, Wang Quanzhang, seorang lagi peguam China yang terkenal telah ditahan dalam serbuan pada 2015, dijatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun kerana ‘merosakkan kuasa negara’.

Wang, yang mempertaha­nkan aktivis politik dan mangsa untuk rampasan tanah, merupakan sebahagian daripada sebuah firma perundanga­n yang kini tidak berfungsi dikenali sebagai Beijing Fengrui.

Firma perundanga­n, yang khusus dalam kes melibatkan hak tanah peladang, kem buruh dan hak penjenayah telah melihat sekurang-kurangnya lima orang peguam ditahan pada 2015. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia