Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong Perancis parah diserang anjing liar di pulau Australia

-

SYDNEY: Dua ekor anjing liar dibunuh selepas seorang ibu dari Perancis dan anak lelakinya cedera diserang kawanan haiwan ganas itu di sebuah pulau pelanconga­n di Australia, menurut pihak berkuasa semalam, dalam kes kedua seumpamany­a di lokasi popular itu dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Anggota paramedik menyatakan kedua-dua mangsa baru melangkah keluar dari sebuah kenderaan di Pulau Fraser yang disenaraik­an dalam Warisan Dunia di luar pantai negeri Queensland pada petang Khamis ketika mereka berdepan dengan sekawan anjing liar.

“Kedua-dua mereka panik dan berlari semula ke arah kenderaan.

“Ketika itulah kawanan anjing liar itu benar-benar mengejar dan menyerang mereka,” jurucakap Perkhidmat­an Ambulans Queensland Michael Augustus menyatakan pada Jumaat lepas.

Wanita tersebut mengalami beberapa kesan gigitan luaran, kebanyakan­nya di bahagian bawah badan, sementara budak lelaki tersebut mempunyai luka yang ketara di bahagian kaki, tangan dan mukanya, kata beliau.

Kedua-dua mereka telah dibawa ke hospital berhampira­n dalam keadaan stabil.

Augustus menyatakan kedua-dua mereka dipercayai pelancong dari Perancis, dengan media tempatan melaporkan bahawa budak lelaki itu berusia sembilan tahun dan wanita itu dalam usia 20-an.

Seekor anjing liar yang terlibat dalam serangan itu telah ditangkap dan dibunuh renjer Perkhidmat­an Hidupan Liar dan Taman Queensland pada Jumaat lepas dan seekor lagi dibunuh semalam, menurut jabatan alam sekitar dalam satu kenyataan.

Pada Januari, seorang budak lelaki berusia enam tahun telah dicederaka­n oleh haiwan liar selepas mangsa berlari mendaki sebuah gumuk pasir di pulau tersebut.

Fraser, pulau pasir terbesar di dunia, terkenal dengan pantainya, dan juga anjing liar.

Pihak berkuasa telah memberikan amaran kepada pengunjung bahawa anjing liar itu merupakan haiwan liar yang ganas serta perlu dilayan sebegitu.

Pelancong turut diberitahu akan memastikan anak-anak mereka berada berhampira­n, tidak berlari atau berkeliara­n, serta tidak memberi makanan kepada anjing liar.

Berasal dari Australia, anjing liar atau ‘dingo’ ini mula dikenali susulan kehilangan bayi Azaria Chamberlai­n di Uluru atau Ayers Rock pada 1980 di mana ibunya Lindy disabitkan membunuhny­a dan ayahnya Michael bertindak sebagai rakan subahat.

Pensabitan itu ditolak pada 1988 selepas penemuan cebisan pakaian Azaria berhampira­n kawasan sarang anjing liar.

Satu keputusan mercu tanda mahkamah pada 2012 mendapati seekor anjing liar telah melarikan bayi mereka dari khemah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia