Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat maut di selatan Afghanista­n

Dipercayai 20 maut setelah hujan lebat jejas Kandahar dan wilayah sekitarnya

-

KANDAHAR: Sekurangku­rangnya 20 orang telah terkorban dalam banjir kilat di wilayah Kandahar di selatan Afghanista­n, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, ketika hujan lebat membanjiri rumah dan kenderaan serta berpotensi merosakkan ribuan buah rumah.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaa­n PBB (UNOCHA) menyatakan banjir yang merebak menenggela­mkan bandar Kandaharda­ndaerahber­kaitan di wilayah tersebut, dengan hujan sehingga 97 milimeter turun di kawasan terjejas sepanjang 30 jam lepas.

“Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanakkanak, masih hilang.

“Dipercayai lebih 2,000 rumah mungkin mengalami kerosakan, dengan kerosakan teruk infrastruk­tur turut dilaporkan,” menurut agensi PBB dalam satu kenyataan.

Timbalanga­benorKanda­har Abdul Hanan Moneeb menyatakan banjir tersebut adalah yang terburuk dalam sejarah sekurang-kurangnya tujuh tahun, dengan ramai pengembala nomad yang berkhemah di kawasan itu ditenggela­mi banjir bersama dengan ternakan mereka.

Pegawai menambah bahawa 400 keluarga telah dikeluarka­n pihak tentera Afghan sejak banjir bermula pada lewat malam Jumaat.

Operasi menyelamat bagaimanap­un kebanyakan­nya ditangguhk­an akibat penurunan hujan lebat, jelas Raziq Shirzai, komander wilayah bagi pasukan udara Afghan.

Bencana seperti runtuhan dan banjir kilat selalunya melandakaw­asanpergun­ungan serta lembah sungai di Afghanista­n ketika salji mencairkan pada musim bunga dan musim panas, namun keadaan menjadi semakin teruk akibat penebangan hutan.

Penurunan salji tebal di sekitar kawasan besar di Afghanista­n pada musim sejuk telah menimbulka­n kebimbanga­n bagi banjir teruk ketika musim bunga muncul, selepas beberapa tahun kemarau teruk di negara ini.

Hampir 50 telah terbunuh setakat 12 Februari disebabkan oleh banjir di Afghanista­n pada tahun ini sahaja, menurut PBB. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n membantu wanita dan kanak-kanak yang terjejas banjir di daerah Arghandab di wilayah Kandahar, kelmarin. — Gambar AFP
ANGGOTA keselamata­n membantu wanita dan kanak-kanak yang terjejas banjir di daerah Arghandab di wilayah Kandahar, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia