Utusan Borneo (Sabah)

Ketua utama Camorra dijerat setelah 14 tahun diburu

-

ROM: Kelmarin pihak polis Itali telah menahan pelarian utama mafia Marco Di Lauro, anak lelaki keempat bagi bekas ketua Camorra, Paolo Di Lauro, selepas 14 tahun dalam buruan.

Di Lauro, 38, telah ditangkap tanpa sebarang pergelutan di sebuah pangsapuri biasa di mana dia menetap bersama dengan isterinya di daerah Chiaiano di bandar selatan Naples, menurut pihak polis.

Dia sedang duduk di samping dua ekor kucingnya dan memakan pasta ketika pihak polis menahan dia dalam satu operasi melibatkan kira-kira 150 orang anggota.

Pihak polis membenarka­n Di Lauro untuk menukar pakaiannya dan mandi sebelum membawa dia pergi, lapor media tempatan. Dia telah menyuaraka­n kebimbanga­n bagi nasib kucing-kucingnys.

Ketua polis Naples Antonio De Iesu memberitah­u satu sidang media bahawa “aktiviti luar biasa” telah membawa pihak polis kepada suspek, sebelum ini disabitkan dengan pertubuhan jenayah.

Pihak polis tidak menemui sebarang senjata dan sejumlah kecil wang di dalam flet tersebut.

Satu waran tangkap antarabang­sa telah dikeluarka­n bagi Di Lauro pada 2006, dan dia merupakan salah seorang dari empat orang penjenayah paling dikehendak­i di Itali, menurut kepada laman sesawang kementeria­n dalam negara.

Pihak media Itali menyatakan dia telah dipertimba­ngkan sebagai lelaki kedua paling berbahaya di Itali, selepas ketua Mafia Sicily, Matteo Messina Denaro.

Beberapa keping gambar dalam media Itali menunjukka­n Di Lauro memakai baju T berlengan panjang telah dibawa ke balai polis di Naples dengan sebuah kereta, diiringi oleh sebuah helikopter polis di udara.

Kira-kira 100 orang termasuk pihak polis telah berkumpul di luar sambil melaungkan “tahniah, tahniah”, menurut kepada imej di dalam televisyen.

Perdana Menteri Giuseppe Conte menyatakan dalam kenyataan Twitter penghargaa­nnya terhadap pasukan polis untuk penahanan “orang buruan utama ini.”

Menteri Dalam Negeri Matteo Salvini menyuaraka­n ucapan tahniah untuk satu “operasi yang sangat penting”.

Penahanan berprofil tinggi telah dilaporkan berkaitan dengan pembunuhan pada awal hari tersebut melibatkan isteri kepada seorang lelaki yang dikaitkan dengan

Di Lauro, Salvatore Tamburrino.

Tamburrino, 40, telah menyerahka­n dirinya sendiri kerana menembak mati Norina Mattuozzo, 33, sejurus sebelum penahanan De Lauro.

Beliau telah ditemui meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Naples di mana beliau telah pergi untuk tinggal selepas hubunganny­a dengan Tamburrino mengalami kegagalan, lapor media tempatan.

Ketua polis De Iesu menolak untuk mengesahka­n atau menafikan satu hubungan di antara pembunuhan dengan penahanan Di Lauro.

Di Lauro telah berada dalam buruan sejak dia melepaskan diri dari satu serbuan polis besar-besaran pada tahun yang dikenali sebagai “malah bagi gari tangan.”

Seorang pemberi maklumat menyatakan pada 2010 bahawa Di Lauro telah bertanggun­gjawab bagi sekurang-kurangnya empat pembunuhan.

Ayah Marco, Paolo Di Lauro merupakan ketua bagi klan Camorra yang beroperasi di kawasan kejiranan miskin Scampia dan Secondigli­ano di Naples.

Dia telah ditempatka­n dalam penjara sejak 2005, dan Marco telah dilaporkan sebagai mengambil alih menguruska­n klan yang semakin lemah itu.

Sekurang-kurangnya 130 orang telah terkorban dalam satu perebutan kuasa berdarah di sana selepas klan Amato-Pagano berpecah dari kumpulan Di Lauro pada 2004.

Marco Di Lauro, dilaporkan dikenali di dalam keluarga dengan kod F4 untuk “anak lelaki keempat”, mempunyai sembilan orang adik-beradik lelaki dan seorang adik perempuan.

Semua saudara lelakinya sekarang sama ada berada dalam penjara atau meninggal dunia, lapor akhbar Itali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia