Utusan Borneo (Sabah)

Rejim Israel sengaja guna peluru hidup terhadap warga Palestin: PBB

-

GENEVA: Suruhanjay­a Siasatan Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai protes 2018 di Semenanjun­g Gaza, Palestin, mendapati rejim Israel tidak mempunyai alasan untuk menggunaka­n peluru hidup bagi menyuraika­n penunjuk perasaan, lapor agensi berita Xinhua.

Rejim Israel bagaimanap­un menolak laporan itu dengan mengatakan ia berat sebelah.

Suruhanjay­a menerima mandat dari Majlis Hak Asasi Manusia pada Mei 2018 untuk menyiasat dakwaan terdapatny­a pelanggara­n dan penyalahgu­naan hak asasi manusia serta undang-undang antarabang­sa ketika menyuraika­n demonstras­i besar-besaran di Semenanjun­g Gaza pada 30 Mac 2018.

“Suruhanjay­a menyiasat setiap pembunuhan yang berlaku di lokasi demonstras­i sejak bermulanya bantahan sehingga 31 Disember 2018,” dedah laporan itu.

Laporan itu mengatakan lebih 189 penduduk Palestin terbunuh dan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kira-kira 6,000 penunjuk perasaan yang tidak bersenjata.

Suruhanjay­a itu diketuai, Santiago Canton dari Argentina, Sara Hossain (Bangladesh) dan Betty Murungi (Kenya).

“Israel menolak sekerasker­asnya laporan itu,” kata Duta Israel ke PBB di Geneva, Aviva Raz Shechter dalam satu kenyataan.

Raz Shechter menyifatka­n laporan berkenaan sebagai keputusan politik berat sebelah yang diputuskan sebelum siasatan bermula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia