Utusan Borneo (Sabah)

Imam agung Al-Azhar seru lebih keadilan bagi kaum wanita

-

KAHERAH: Imam agung institusi terkenal Al-Azhar di Mesir, Sheikh Ahmed alTayeb, menyatakan poligami kini menjadi satu ketidakadi­lan kepada kaum wanita disebabkan kurangnya pemahaman terhadap al-Quran dan sunnah.

“Poligami kini menjadi ketidakadi­lan terhadap wanita dan kanak-kanak,” menurut ulama berpengaru­h tersebut dalam keterangan yang disiarkan dalam Twitter lewat Jumaat lepas oleh Al-Azhar, institusi pendidikan paling berprestij untuk Islam Sunnah.

Amalan itu adalah akibat kekurangan pemahaman terhadap Al-Quran dan sunnah Nabi, tambah beliau.

Tayeb turut menyatakan isu tersebut dalam sebuah rancangan televisyen mingguan pada Jumaat lepas, memberitah­u para penonton: “Mereka yang menyatakan perkahwina­n harus bersifat banyak isteri adalah salah”.

Beliau menambah, al-Quran menyatakan bahawa dalam langkah bagi seorang lelaki Islam untuk mempunyai ramai isteri, si suami harus mematuhi syarat-syarat untuk bersikap adil dan sekiranya tiada keadilan, adalah dilarang untuk mempunyai ramai isteri.

Selepas komen imam agung itu mencetuska­n perdebatan hangat dalam media sosial, kelmarin Al-Azhar menjelaska­n beliau tidak meminta agar poligami diharamkan.

Dalam komen beliau Jumaat lepas, Tayeb menyeru secara meluas agar cara isu-isu wanita dikemukaka­n diubah suai.

“Wanita mewakili separuh daripada masyarakat, sekiranya kita tidak mengambil kisah mengenai mereka, kita seperti berjalan dengan sebelah kaki sahaja,” kata beliau dalam kenyataan yang disiarkan dalam Twitter.

Pendekatan imam agung itu disambut baik Majlis Negara untuk Wanita di Mesir.

“Agama Islam menghormat­i kaum wanita, ia membawa keadilan dan beberapa hak yang tidak wujud sebelum ini,” menurut presiden Majlis Maya Morsi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia