Utusan Borneo (Sabah)

Budayakan usaha cantikkan landskap

Menjadikan Malaysia negara taman yang indah

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu usaha mencantikk­an landskap di sekeliling rumah, kampung dan bandar menjadi budaya dan minat masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara taman yang indah.

Katanya Malaysia dikurniaka­n dengan cuaca dan tanah yang subur yang memudahkan usaha penanaman pelbagai tanaman dan bunga-bungaan dan kelebihan itu seharusnya digunakan dengan sebaikbaik­nya untuk mencantikk­an landskap negara.

Dr Mahathir berkata perancanga­n bandar juga perlu dibuat secara tersusun dengan mengambil kira susun atur bangunan yang sama jenis dan pemilihan pohon-pohon yang sesuai bagi mencantikk­an landskap dan taman.

“Ada kesannya jika sesuatu kawasan tertentu dibiarkan lapang, supaya kita dapat menanam pokok dan tidak ditinggalk­an begitu sahaja.

“Selain itu, beri tumpuan kepada kecantikan pohon yang ditanam di sepanjang jalan dan buat tempat untuk penduduk berehat di hujung minggu, berkelah dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Landskap Negara 2019 di Taman Botani Putrajaya, di sini pada Ahad.

Beliau berkata pokok-pokok di Putrajaya tumbuh dengan cepat sehingga mencecah diameter pokok satu setengah kaki dalam masa tidak sampai 20 tahun.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menegur kegiatan melukis grafiti pada dinding bangunan dengan perkataan-perkataan yang tidak mempunyai makna yang disifatkan­nya sebagai memburukka­n pemandanga­n.

“Jika anda hendak lukis dinding dengan elok dan cantik sebagai latar belakang jalan, ini bagus. Anda boleh juga gambar sebenar.

“Saya tiada halangan gambar saya dilukis pada dinding sebuah bangunan di Alor Setar... Yang itu ok, tetapi bila mereka mula menconteng, itu tak elok,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad itu, Dr Mahathir turut menyampaik­an beberapa anugerah berbentuk geran kepada komuniti, pemaju dan pihak berkuasa tempatan yang berjaya merancang dan melaksanak­an pengurusan landskap yang komprehens­if.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerima anugerah utama di bawah Inisiatif Negara Taman melibatkan geran bernilai RM1 juta, manakala Perbadanan Putrajaya dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri masing-masing menerima geran bernilai RM500,000 dan RM300,000.

Hari Landskap Negara mula disambut pada tahun

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Perdana Menteri

1998 pada setiap 3 Mac bertujuan menggerakk­an budaya kecintaan terhadap landskap dalam kalangan rakyat selaras dengan Teras 1 Dasar Landskap Negara iaitu Membudayak­an Kecintaan Terhadap Landskap.

Pertama kali diadakan di Putrajaya, sambutan kali ini berlangsun­g selama tiga hari bermula Jumaat lepas dengan tema “Malaysia Negara Taman Terindah”.

Sebanyak12­aktivitime­narik diadakan bagi menarik kehadiran pengunjung antaranya senamrobik, eksporasi taman botani, pertanding­an gubahan bunga, park race, sukan rakyat, botani talk dan pertanding­an melukis untuk pelajar sekolah rendah.-Bernama

“Ada kesannya jika sesuatu kawasan tertentu dibiarkan lapang, supaya kita dapat menanam pokok dan tidak ditinggalk­an begitu sahaja.Selain itu, beri tumpuan kepada kecantikan pohon yang ditanam di sepanjang jalan dan buat tempat untuk penduduk berehat di hujung ” minggu, berkelah dan sebagainya

 ??  ?? PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga,kanan) menyampaik­an Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diwakili oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (empat,kanan) pada Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2019 bertemakan “Malaysia Negara Taman Terindah” di Taman Botani pada Ahad.
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga,kanan) menyampaik­an Anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diwakili oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (empat,kanan) pada Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2019 bertemakan “Malaysia Negara Taman Terindah” di Taman Botani pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia