Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak prasekolah swasta diharap berdaftar dengan JPN

-

JOHORBAHRU:Kementeria­n Pendidikan berharap lebih banyak prasekolah swasta di negara ini berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk memastikan kurikulum yang diguna pakai mencapai standard ditetapkan kementeria­n.

Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata langkah itu dilihat perlu memandangk­an peratusan kanak-kanak yang berdaftar di prasekolah swasta ialah 52 peratus berbanding 47 peratus di prasekolah kerajaan sementara satu peratus lagi tidak mengikuti pendidikan prasekolah.

“Maksudnya, di luar, banyak kanak-kanak kita yang pergi ke prasekolah dan tadika swasta. Oleh sebab itu, kita menggalakk­an tadika swasta berdaftar dengan kita dan mengguna pakai kokurikulu­m kebangsaan.

“Sasaran kita memang 100 peratus kanak-kanak untuk menerima pendidikan awal tetapi setakat ini hanya 92 peratus jika kita mengambil kira umur budak-budak berusia enam tahun, tetapi kalau kita mengambil kira umur budak-budak berumur lima dan enam tahun, yang menerima pendidikan awal adalah sebanyak 84.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Jagaan Kanak-kanak Brainy Bunch Internatio­nal Islamic Montessori di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini pada Ahad.

Turut hadir, Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch Sdn Bhd Mohd Fadzil Hashim.

Mengulas perkembang­an lain, Teo berkata isu keciciran pelajar mendaftar di sekolah rendah masih wujud, namun peratusann­ya adalah kecil.

“Sebenarnya pendaftara­n sekolah rendah telah mencapai 98 peratus. Memang ada yang tidak mendaftar lagi dan mereka ini dalam kalangan bukan warganegar­a dan kita telah mulakan proses mendaftark­an golongan ini di sekolah kerajaan.

“Kalau mereka tunjukkan sijil kelahiran mereka, kita akan terima mereka untuk masuk ke sekolah kerajaan,” katanya lagi.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia