Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan Kedah nikah di Thailand meningkat

-

ALOR SETAR: Kes pasangan dari Kedah yang berkahwin tanpa kebenaran di Thailand dilihat semakin membimbang­kan apabila sebanyak 799 kes dicatatkan tahun lalu, meningkat 233 kes daripada 566 kes pada 2017.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh berkata jumlah itu merangkumi kesalahan pernikahan tanpa kebenaran dan berpoligam­i tanpa kebenaran yang direkodkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri ini.

“Kesalahan nikah di Thailand ini terbahagi kepada pernikahan tanpa kebenaran seperti nikah di sana (Thailand) sebab keluarga menghalang iaitu kesalahan di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah) 2008 dan poligami tanpa kebenaran yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 124 enakmen sama.

“Sebanyak 502 kes pernikahan tanpa kebenaran dan 297 kes poligami tanpa kebenaran dicatatkan tahun lepas, manakala 406 kes pernikahan tanpa kebenaran dengan 160 kes poligami tanpa kebenaran pula direkodkan berlaku tahun sebelumnya,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Katanya, berdasarka­n statistik tahun lalu, pasangan dari daerah Kota Setar mencatatka­n jumlah tertinggi yang melakukan kesalahan itu dengan 118 kes, diikuti Langkawi (116), kubang Pasu (110) dan Pendang (44 kes).

Dr Ismail berkata beliau percaya masih ramai pasangan dari negeri ini yang berkahwin di negara jiran tidak mendaftark­an perkahwina­n mereka di pejabat agama Islam di sini dan keadaan itu amat membimbang­kan kerana akan memberi implikasi terhadap hak isteri dan urusan pendaftara­n anak.

Bagi menangani masalah itu, Dr Ismail berkata kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanak­an kempen ‘Jom Daftar Nikah’ mulai 1 Mac lalu yang bertujuan menggalakk­an pasangan yang belum mendaftar perkahwina­n mereka untuk berbuat demikian.

Katanya, menerusi kempen itu pejabat agama Islam negeri akan menjadi pemudah cara termasuk membantu menyediaka­n segala urusan dokumentas­i untuk pasangan tersebut mendaftark­an pernikahan mereka.

“Kempen ini merupakan hasil kesinambun­gan Program Mai Daftar Nikah 2018 daripada kerajaan negeri terdahulu, tetapi ditambah baik lagi dalam kempen yang kerajaan negeri sekarang buat kerana program dahulu dilihat tidak berjaya,” katanya.

Bagaimana pun, Dr Ismail berkata pasangan terbabit tetap dikenakan denda yang akan ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Syariah berdasarka­n kesalahan yang telah dilakukan.

“Saya jamin jumlah denda itu nanti tidak akan membebanka­n pasangan yang mendaftark­an pernikahan menerusi kempen ini dan saya pun dah jumpa Bahagian Keluarga Islam dan Yang Arif Datuk Mahkamah Syariah...kedua-dua (pihak) setuju dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk Kempen Jom Daftar Nikah ini,” katanya.-Bernama

 ??  ?? PENGERUSI Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh menunjukka­n stasistik kes pasangan dari Kedah yang berkahwin tanpa kebenaran di Thailand dan dilihat semakin membimbang­kan ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Darul Aman baru-baru ini.
PENGERUSI Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh menunjukka­n stasistik kes pasangan dari Kedah yang berkahwin tanpa kebenaran di Thailand dan dilihat semakin membimbang­kan ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Darul Aman baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia