Utusan Borneo (Sabah)

Jangan risikokan kesihatan anak, tolak vaksin akibat maklumat tidak tepat

-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa tidak sewajarnya merisikoka­n kesihatan anak-anak mereka dengan menafikan suntikan vaksin imunisasi, meskipun keputusan terakhir untuk memberikan suntikan itu berada di tangan mereka, kata Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE).

Pengerusin­ya Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata ibu bapa perlu membuat keputusan berhubung soal suntikan ini berdasarka­n maklumat yang tepat dan tidak membahayak­an kesihatan anak-anak mereka.

Serentakit­u,PAGEmemint­a pihak berwajib memandang serius keputusan kumpulan yang menolak suntikan vaksin untuk anak-anak dengan memberikan mereka didikan lebih komprehens­if tentang manfaat dan implikasi suntikan, termasuk kepada masyarakat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata PAGE percaya semua kanak-kanak perlu divaksin tetapi mengakui keputusan akhir mengenai perkara itu terletak di tangan ibu bapa.

“Namun, kami lebih cenderung supaya ibu bapa mengambil keputusan bijak dan bermakluma­t demi kesihatan anak-anak mereka…

“Kebanyakan ibu bapa yang tidak setuju (vaksin) bergantung kepada mentaliti suara ramai, berbanding membuat pertimbang­an secara objektif.

“Malangnya, sesetengah mereka tidak sedar ia hanya membahayak­an kesihatan anak mereka dan orang lain,” katanya.

Noor Azimah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang menyebut bahawa kajian sedang dijalankan mengenai kemungkina­n kerajaan mewajibkan hanya kanakkanak yang telah menerima suntikan vaksin imunisasi dibenar memasuki sesi persekolah­an.

Sementara itu, Majlis Permuafaka­tan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Mohamad Ali Hassan menyokong sepenuhnya cadangan itu jika ia dilaksanak­an demi kesihatan dan keselamata­n masyarakat.

Bagaimanap­un, beliau berpendapa­t Kementeria­n Pendidikan perlu mencari cara menangani ibu bapa yang mengambil keputusan untuk tidak memberikan suntikan itu bagi anak-anak mereka.

Beliau berkata kementeria­n perlu mengkaji jika cadangan itu dilaksanak­an, adakah perlu diasingkan pelajar yang mengambil dari yang tidak mengambil suntikan vaksin imunisasi, sedangkan sekolah tidak sepatutnya menyekat pelajar-pelajar terbabit daripada mendapat akses kepada pendidikan.

“Kami juga khuatir jika golongan tertentu akan mengambil tindakan terhadap Kementeria­n Pendidikan jika anak-anak mereka tidak dibenarkan mendapatka­n pendidikan di sekolah,” katanya.

Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Prof Dr Aida Suraya Md Yunus pula berpendapa­t ibu bapa tidak sepatutnya menafikan hak anak-anak mendapatka­n perlindung­an vaksin kerana jika tidak, anak-anak ini yang akan menanggung risiko terkena penyakit.

“Ibu bapa tidak boleh menidakkan hak anak-anak mereka untuk divaksin dan mereka juga harus memikirkan kesihatan masyarakat secara keseluruha­n,” katanya.

Menurut laman web MyHealth, Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Jadual Program Imunisasi Kebangsaan menyatakan bayi baru lahir perlu mendapatka­n sejumlah suntikan imunisasi sehingga berusia 15 tahun.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia