Utusan Borneo (Sabah)

Sungai FC muncul juara bola sepak 7s MRSM KK

-

PAPAR: Kelab Bola Sepak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu bersama Koperasi MRSM Kota Kinabalu Berhad berjaya menganjurk­an kejohanan bola sepak tujuh sebelah (7s) peringkat maktab di padang MRSM di sini.

Penyelaras kejohanan itu, Raindy Anduroh yang juga Ketua Guru Penasihat Kelab Bola Sepak MRSM berkata seramai 104 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 menyertai kejohanan itu.

“Penganjura­n ini berfokus kepada menambahka­n pengalaman pelajar untuk menganjurk­an pertanding­an bola sepak dan juga sebagai platfom kepada guru penasihat kelab bola sepak untuk menilai bakat baharu yang boleh mewakili maktab dalam pertanding­an bola sepak pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut dibantu rakan sejawat selaku guru penasihat Kelab Bola Sepak MRSM Kota Kinabalu iaitu Mohd Khairul Anuar dan Mohd Firdaus Patil.

Raindy berkata pertanding­an akhir menyaksika­n perlawanan antara pasukan Sungai FC dan Keahwang FC yang berkesudah­an terikat seri tanpa jaringan sehingga ke masa akhir dan pemenang ditentukan dengan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti, Keahwang FC terpaksa akur dengan kehebatan pemain pasukan Sungai FC apabila sepakan terakhir berjaya ditepis penjaga gol pasukan iaitu Pierre Enrique.

“Pujian juga harus diberikan kepada Gascoigne dan Joel Anakles kerana berjaya menyempurn­akan tendangan penalti seterusnya menghadiah­kan kemenangan kepada pasukan Sungai FC,” ujarnya.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Keahlil FC.

Penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Timbalan Pengetua Pembanguna­n Pelajar MRSM Kota Kinabalu Abdul Rahman Halim.

Raindy mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Mohammad Nazirul Mubin sebagai pengerusi ahli jawatakuas­a (AJK) penganjur kerana berjaya mengelolak­an kejohanan itu dengan cemerlang.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak pentadbir serta guru-guru MRSM Kota Kinabalu yang turut hadir memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

Dalam pada itu, Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat menggalakk­an penganjura­n kejohanan seumpamany­a dijalankan di MRSM Kota Kinabalu supaya lebih ramai pelajar dapat merasai suasana pertanding­an.

“Mereka akan dapat pengalaman yang berguna seperti bermain dalam pasukan, bagaimana merancang untuk menang dan seterusnya mampu menyerap tekanan yang datang,” katanya.

Beliau berkata seseorang pemain bola perlu mempunyai disiplin yang tinggi sama ada di dalam atau luar padang agar mudah dibentuk menjadi pemain yang berkualiti tinggi.

-Oleh SALMAN ABADI

 ??  ?? PASUKAN Sungai FC dan Keahwang FC bergambar kenangan sebelum aksi final.
PASUKAN Sungai FC dan Keahwang FC bergambar kenangan sebelum aksi final.
 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah) bersama Raindy, Khairul dan Firdaus serta sebahagian pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
ABDUL Rahman (tengah) bersama Raindy, Khairul dan Firdaus serta sebahagian pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia