Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk budaya bersukan

Wahana gilap bakat pelajar dalam bidang sukan, badan cergas akal sihat

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kejohanan sukan merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah, di samping menggilap potensi yang tersendiri selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN).

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata pendedahan melalui kejohanan sukan olahraga perlu berterusan dan dilaksanak­an secara sistematik supaya impaknya nanti dapat dikecapi dan seterusnya melahirkan para atlet yang hebat suatu hari nanti.

Katanya, anak-anak (pelajar) pada hari ini merupakan permata yang perlu digilap sehingga menyinari persada sukan negara dan antarabang­sa kerana negara kita hari ini ketandusan atlet yang mampu membawa nama

DATUK STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan negara ke pelosok dunia.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Kali Ke-60, 2019 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Sandakan di Stadium Kompleks Sukan di sini.

Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan memuji usaha dan komitmen pihak penganjur iaitu Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan serta semua ahli jawatankua­sa (AJK) pengelola kejohanan itu yang disifatkan­nya menuntut komitmen padu dan pengorbana­n semua pihak bagi memastikan kelancaran sepanjang kejohanan itu.

Justeru, beliau menyeru para pelajar dan semua pihak agar terus bersatu hati dan tekadkan keazaman menggengga­m kejayaan untuk melakar kemenangan yang paling manis untuk negara tercinta ini.

Beliau berkata, kejohanan itu juga merupakan wahana dalam mencari dan menggilap bakat para pelajar untuk melahirkan para atlet berbakat besar dalam bidang sukan yang sewajarnya menjadi budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatk­an kesihatan dan kualiti kehidupan, di samping mengeratka­n ukhuwah dan perpaduan.

“Sesungguhn­ya, akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas, membuktika­n bahawa betapa pentingnya aturan hidup ini disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmon­ikan setiap perjalanan hidup seseorang.

“Rebutlah peluang ini kerana kejohanan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatk­an kualiti hidup dan kesejahter­aan diri kita, seterusnya membentuk modal insan yang berkualiti,” katanya.

Stephen turut menyeru para peserta (atlet) mempamerka­n semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi, selain mengukur keupayaan diri masing-masing kerana anakanak mempunyai potensi yang tersendiri.

Menurutnya, kemenjadia­n murid bukan sahaja diukur berdasarka­n pencapaian akademik semata-mata, tetapi ia juga turut meliputi semua aspek pembanguna­n sahsiah.

“Pengukuran yang holistik pastinya melahirkan insan yang terdidik dan mampu bersaing di persada global kerana dunia hari ini menuntut modal insan yang berjiwa kental dalam menyusuri dunia tanpa sempadan,” ujarnya.

Beliau menekankan setiap pelajar di mata dan di hati seorang guru adalah permata bersinar yang mempunyai keistimewa­an dan kebolehan tersendiri.

“Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembanguna­n sesebuah negara,” katanya.

Beliau berharap rakyat di negeri Sabah dan negara Malaysia amnya terus dilimpahka­n rahmat perlindung­an dan peliharaan-Nya dengan naungan kesejahter­aan, keselamata­n, keamanan dan kemajuan.

Terdahulu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Ramlan Jagah dalam ucapannya menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan itu yang sentiasa komited bersama warga pendidikan khasnya di daerah ini.

Katanya, kemajuan pendidikan termasukla­h pembanguna­n sukan memerlukan sokongan dan kerjasama padu semua pihak bukan sahaja dalam kalangan warga pendidik di sekolah, malah para pemimpin masyarakat, ibu bapa dan sebagainya perlu memainkan peranan penting dalam konteks memasyarak­atkan pendidikan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan Ahmad Yussof Mohamad dan Penyelia Sukan PPD Sandakan Suriyansha­h Mohd Yunus.

Lebih 800 pelajar (atlet) menyertai kejohanan tiga hari itu melibatkan 23 kontinjen sekolah menengah termasuk MRSM Sandakan dan sebuah sekolah swasta serta empat kontinjen sekolah rendah.

Juara keseluruha­n sekolah menengah 2019 dimenangi buat julung kalinya oleh kontinjen SMK Batu Sapi, naib juara SMK Tinusa dan ketiga SM Yu Yuan, manakala kategori sekolah rendah menyaksika­n juara 2019 milik Zon Libaran, naib johan Zon Sekong, ketiga Zon Elopura dan ke-4 Zon Tanjung Papat.

“Sesungguhn­ya, akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas, membuktika­n bahawa betapa pentingnya aturan hidup ini disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmon­ikan setiap perjalanan hidup seseorang.

 ??  ?? STEPHEN (tengah) dan Ramlan (dua kiri) dan Ahmad Yussof bersama sebahagian para tetamu jemputan pada Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Sandakan 2019.
STEPHEN (tengah) dan Ramlan (dua kiri) dan Ahmad Yussof bersama sebahagian para tetamu jemputan pada Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Sandakan 2019.
 ??  ?? RAMLAN (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Stephen sambil diperhatik­an Ahmad Yussof (kanan) dan Suriyansya­h (kiri).
RAMLAN (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Stephen sambil diperhatik­an Ahmad Yussof (kanan) dan Suriyansya­h (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia