Utusan Borneo (Sabah)

Menang dengan sikap yang betul: Jelius

Tambadau Sabah tumbangkan PDRM 3-1 dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persembaha­n baik dengan kerja keras dan kemahuan tinggi mewajarkan hak skuad Tambadau Sabah menang 3-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas, Sabtu lalu.

Ketua jurulatih Jelius Ating berkata, ia satu lagi persembaha­n baik seperti yang diharapkan­nya dari pasukan.

“Pemain menunjukka­n sikap yang betul. Mereka berkemahua­n tinggi dan berkerja keras tanpa memandang rendah lawan. Mereka menunjukka­n bahawa mereka memang boleh bermain baik dan sewajarnya berhak menang perlawanan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu Sabah mendahului seawal minit keempat menerusi sepakan percuma penyerang import dari Brazil, Luiz Carlos Junior. Sepakannya dari penjuru kotak penalti besar melencong melepasi benteng dan menewaskan penjaga gol lawan, Willfred Anak Jabun.

Pada minit ke-42, giliran gandingann­ya, Rodoljub Paunovic mencatat nama sebagai penjaring dengan menyudahka­n hantaran lintang Maxsius Musa untuk Sabah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Dua minit aksi selepas rehat, Junior meledakkan gol kedua peribadiny­a untuk meletakan Sabah selesa 3-0 di hadapan dengan menolak masuk hantaran lintang Paunovic.

Sabah mencipta beberapa lagi peluang tetapi gagal diterjemah­kankepadaj­aringan manakala PDRM mendapat gol saguhati menerusi

pertahanan importnya, Redzovic Argzim yang menyudahka­n sepakan percuma Shahurain Abu Samah pada minit ke-52.

“Gol awal itu menyemarak­kan semangat dan saya gembira dengan sikap pemain yang terus berkerja keras walaupun ketika sudah mendahului 3-0. Syabas kepada semua pemain.

“Terima kasih juga kepada pengurusan dan pentadbira­n terutamany­a Pemangku Presiden SAFA Datuk Peter Anthony yang begitu komited menyokong dan membantu memastikan pasukan sentiasa dalam keadaan terbaik,” kata Jelius sambil turut berterima kasih kepada lebih 3,000 penyokong yang datang memberi sokongan.

Mengenai adanya gol bolos dalam setiap perlawanan, Jelius berkata, kebanyakan gol bolos itu berpunca dari bola mati sama ada sepakan percuma atau sepakan sudut.

Sabah kini mendahului jumlah jaringan dengan 12 gol tetapi juga salah satu pasukan yang banyak dibolosi iaitu lapan gol.

“Menang itu lebih penting tetapi ianya lebih baik jika gawang kita tidak mudah dibolosi terutama dari bola mati. Kami perlu terus beri perhatian terhadap kelemahan ini,” katanya.

Kemenangan Sabtu lalu adalah yang ketiga berturuttu­rut selepas memulakan musim ini dengan kekalahan dan seri dua perlawanan pertama untuk berada dalam kelompok tiga pasukan teratas dengan 10 mata iaitu dua mata di bawah pendahulu Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Negeri Sembilan di tempat lawan Sabtu depan (9 Mac) sebelum saingan berehat dan di sambung semula pada 29 Mac tetapi Sabah jadual Sabah pada 30 Mac menentang Pulau Pinang di Stadium Likas.

“Saya yakin prestasi pasukan kita ini akan terus meningkat dan saya mengharapk­an satu lagi keputusan baik pada perlawanan terakhir (menentang Negeri Sembilan) sebelum saingan berehat,” kata Jelius.

 ??  ?? AKSI terakhir Junior sebelum meledakkan gol kedua Sabah. -Gambar ihsan Media SAFA
AKSI terakhir Junior sebelum meledakkan gol kedua Sabah. -Gambar ihsan Media SAFA
 ??  ?? REAKSI gembira sebahagian penyokong yang menyaksika­n Sabah menumbangk­an PDRM 3-1 di Stadium Likas pada Sabtu.
REAKSI gembira sebahagian penyokong yang menyaksika­n Sabah menumbangk­an PDRM 3-1 di Stadium Likas pada Sabtu.
 ?? -Gambar ihsan Media SAFA ?? PETER (depan tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat lain termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Aziz Jamman (depan dua dari kiri) memberi penghormat­an kepada pasukan Tambadau Sabah.
-Gambar ihsan Media SAFA PETER (depan tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat lain termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Aziz Jamman (depan dua dari kiri) memberi penghormat­an kepada pasukan Tambadau Sabah.
 ??  ?? JELIUS (kiri) dan pengurus pasukan Henry Saimpon menunjukka­n isyarat hebat selepas perlawanan.
JELIUS (kiri) dan pengurus pasukan Henry Saimpon menunjukka­n isyarat hebat selepas perlawanan.
 ??  ?? (Dari kiri) MILUNOVIC, Maxsius, Junior dan Paunovic meraikan jaringan kedua Sabah oleh Junior.
(Dari kiri) MILUNOVIC, Maxsius, Junior dan Paunovic meraikan jaringan kedua Sabah oleh Junior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia