Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Alumni UiTM Sabah sasar kutipan dana RM100 ribu

-

KOTA KINABALU: Persatuan Alumni UiTM Cawangan Sabah menyasarka­n kutipan dana sebanyak RM100 ribu melalui Pertanding­an Golf Amal yang akan diadakan pada 30 dan 31 Mac ini.

Naib Yang Dipertuany­a Azhar Matussin berkata, dana itu digunakan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampu­an khususnya dari luar bandar bagi menjelaska­n perbelanja­an dan yuran pendaftara­n mereka ke UiTM.

Menurut beliau, ia merupakan tugas persatuan alumni dalam memberi bantuan dan sokongan kerana ramai pelajar yang amat memerlukan dana berkenaan untuk melanjutka­n pelajaran di UiTM.

“Kita tidak boleh menutup mata kerana ada di antara mereka terpaksa berhenti belajar disebabkan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.

“Oleh itu, sasaran penyertaan dalam pertanding­an adalah daripada para bekas pelajar UiTM selain turut mengalualu­kan penyertaan pihak korporat dan syarikatsy­arikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kami berharap para bekas pelajar UiTM Cawangan Sabah menyertain­ya agar dapat bersama-sama menyokong program yang akan diadakan ini dalam usaha membantu palajar yang kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Tambah Azhar, Juhar menyatakan sokongan dan kesediaan beliau untuk turut serta dalam program amal itu.

 ??  ?? AZHAR (dua dari kiri) bersalaman dengan Juhar (kiri).
AZHAR (dua dari kiri) bersalaman dengan Juhar (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia