Utusan Borneo (Sabah)

Wanita didenda RM1,800 , tumbuk dan tendang pekerja swasta

-

KUALA LUMPUR: Akibat menumbuk muka dan menendang kaki seorang pekerja swasta di sebuah pusat beli-belah, seorang wanita didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.

Majistret Siti Radziah menjatuhka­n hukuman itu ke atas Nurul Lieana Johari , 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja telah mendatangk­an kecederaan kepada Nabeelah Basri ,33, dengan menumbuk muka sebelah kanan mangsa menggunaka­n tangan kanan dan menendang kaki kanan mangsa.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Nurul Lieana melakukan kesalahan itu di lobi North Tower, The Gardens di sini pada 9 pagi, 8 Jan lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara boleh sampai setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga.

“Saya tinggal di Kuala Lumpur seorang sahaja, suami menetap di tempat lain. Saya juga mahu sambung belajar,” katanya.

Di Petaling Jaya, dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki modem internet yang tidak mengikut piawaian Sirim Bhd.

Penghantar makanan, Hong Chung Hing dan penyelia tapak, Hoo Kah Choon, kedua-duanya berusia 33 tahun bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.

Mereka didakwa memiliki satu peranti internet tanpa wayar yang tidak mengikut piawaian di tepi Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, di sini pada 12 tengah hari, 27 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 239(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim menawarkan jaminan masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin bagaimanap­un peguam Datuk Suraj Singh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak berkemampu­an.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia