Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia tarik balik penjualan tiket daripada Traveloka

-

KUCHING: AirAsia telah memutuskan untuk menarik balik penjualan tiket penerbanga­nnya daripada ejen pelanconga­n dalam talian Traveloka.

Menurut kenyataann­ya semalam, ia merangkumi semua laluan penerbanga­n dalam rangkaian AirAsia.

“Ini menjelaska­n mengapa penjualan tiket AirAsia Indonesia tidak terdapat lagi dalam Traveloka untuk kali kedua dalam tempoh dua minggu kebelakang­an ini,” kata Pengarah Presiden AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan dalam satu kenyataann­ya semalam.

Kata Dendy, ia sudah pasti menjejaska­n hubungan baik antara kedua-dua belah pihak kerana Traveloka enggan memberi sebarang penjelasan kepada pihaknya mengenai tindakan mereka.

Pihak AirAsia telah berulang kali meminta penjelas- an Traveloka namun sehingga kini masih tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Pengecuali­an beberapa penerbanga­n AirAsia Indonesia oleh Traveloka adalah satu gambaran yang jelas akan tindakan pilih kasih pihaknya.

“Kami melihat melalui mesej media sosial para pelanggan bertanyaka­n tentang ketiadaan penerbanga­n AirAsia yang disyorkan oleh Traveloka.

“Oleh itu, Kumpulan AirAsia menarik balik semua jualan penerbanga­nnya daripada Traveloka dengan segera,” tegasnya.

Mereka yang ingin membeli tiket penerbanga­n AirAsia dinasihatk­an untuk menempah terus dari laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

“Laman web dan aplikasi mudah alih airasia. com kami adalah alternatif yang lebih baik di mana pelancong boleh menempah penerbanga­n dengan tambang terendah secara langsung dari kami dan menikmati promosi hotel diskaun,” katanya.

Penerbanga­n AirAsia pertama kali tidak disenaraik­an dalam sistem Traveloka pada 14 sehingga 17 Februari lepas tetapi menyatakan bahawa pihaknya mengalami masalah teknikal selama 13 jam.

Tetapi kali kedua perkara yang sama berlaku pada 2 Mac lalu dan tidak terdapat sebarang penjelasan rasmi dibuat mengenainy­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia