Utusan Borneo (Sabah)

Saham Yinson tinggi dalam dagangan awal susulan pelaksanaa­n projek lebih awal daripada jangkaan

-

KUALA LUMPUR: Saham-saham Yinson Holdings Bhd tinggi sedikit di Bursa Malaysia pagi semalam susulan pengumuman permulaan projek lebih awal daripada yang dijangkaka­n bagi kemudahan penyimpana­n pengeluara­n terapung dan pemunggaha­n (FPSO) Abigail Joseph, Nigeria.

Dalam notanya semalam, RHB Research berkata syarikat pengangkut­an dan logistik itu tidak memerlukan pembiayaan untuk projek itu kerana jumlah perbelanja­an modal akan dibiayai menerusi bayaran pendahulua­n pelanggann­ya dalam bentuk pembayaran sekali gus pajakan.

“Oleh itu, risiko ke atas pihak lain dikurangka­n ke tahap minimum, dengan satu-satunya risiko pelaksanaa­n projek yang ada dalam tempoh itu membabitka­n peralihan FPSO.

“Kami juga selesa kerana projek itu menggunaka­n FPSO Knock Adoon sebagai kapal sumbangan, tanpa kesukaran yang besar,” katanya sambil menambah unjuran pendapatan Yinson telah dinaikkan selepas pelarasan, dengan tarikh pemulaan FPSO Joseph Abigail, serta Kadar penyewaan FPSO Lamson yang lebih tinggi.

Yinson menaikkan unjuran tahun kewangan 2019 dan 2021 masing-masing sebanyak 10.4 peratus dan 22.1 peratus, susulan kemasukan sumbangan awal daripada pendapatan FPSO Abigail Joseph selain pendapatan yang lebih tinggi daripada usaha samanya.

Ia juga mengandaik­an kadar penyewaan yang lebih tinggi untuk FPSO Lamson selepas panduan daripada pengurusan kontrak interimnya.

RHB Research mengekalka­n panggilan ‘beli’ ke atas Yinson dengan harga sasaran RM5.54, peningkata­n sebanyak 25 peratus daripada RM4.45 baru-baru ini.

Pada jam 11.38 pagi, saham Yinson naik tiga sen kepada RM4.48.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia