Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 14 bulan kerana curi wang milik restoran

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 25 tahun dikenakan penjara 14 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mencuri wang milik sebuah restoran.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Madzrin Abd Ghani yang menukar pengakuann­ya kepada bersalah, selepas tiga saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.

Tertuduh sebagai pekerja didapati mencuri wang sebanyak RM1,900 milik restoran Seoul Gersen, di kompleks membeli-belah Imago di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara selama tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Peguam Aaron Augustine dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh.

Menurutnya tertuduh sudah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng menyatakan hukuman setimpal harus dijatuhkan.

Afiq memerintah­kan Madzrin menjalani tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan.

Sementara itu seorang lelaki dikenakan penjara 60 hari oleh Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim, atas kesalahan dengan curang melupuskan harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Mohd Tajul Rabani, 29, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Tertuduh melupuskan peralatan elektrik dan perabot rumah milik seorang wanita berusia 47 tahun, pada 24 Februari di sebuah rumah Taman Telipok Ria, daerah Tuaran.

Mahkamah juga memerintah­kan Mohd Tajul membayar denda sebanyak RM5,000 atau penjara dua minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia