Utusan Borneo (Sabah)

KPKT, keluarga Adib fail afidavit bantah permohonan j/kuasa bertindak kuil gantung sementara inkues

-

PUTRAJAYA: Kemterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta keluarga anggota bomba yang meninggal dunia Muhammad Adib Mohd Kassim, telah menfail afidavit bagi membantah permohonan jawatankua­sa bertindak bagi Menyelamat­kan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantun­g inkues kematian anggota bomba itu sementara menunggu pendengara­n rayuan.

Afidavit itu difailkan secara berasingan minggu lepas sebagai menyokong permohonan Jabatan Peguam Negara bagi membantah permohonan jawatankua­sa itu untuk menggantun­g sementara inkues.

Peguam jawatankua­sa itu M. Visvanatha­n memberitah­u panel tiga anggota bahawa beliau menerima afidavit berkenaan pagi Isnin yang difailkan secara berasingan oleh peguam Kementeria­n, Syazlin Mansor dan peguam Kamaruzama­n A. Wahab.

Beliau memohon mahkamah memberikan masa kepada mereka untuk menfail afidavit balas kerana menurutnya afidavit itu belum pernah berlaku sebelum ini dimana ia difail oleh mereka yang berkepenti­ngan bagi membantah kehadiran pihak yang juga berkepenti­ngan dalam inkues.

Visvanatha­n berkata afidavit itu mempersoal­kan kedudukan jawatankua­sa berkenaan dari segi undangunda­ng, untuk mengambil bahagian dalam inkues.

Panel yang terdiri daripada Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan menangguhk­an pendengara­n dua permohonan yang dijadualka­n pada Isnin.

“Kami menangguhk­an kedua-dua usul itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan, untuk didengar bersama dengan dengan rayuan. Pihak-pihak yang berkenaan sementara itu dibenarkan menfail sebarang afidavit seterusnya jika perlu,” kata kata Hakim Umi Kalthum yang mempengeru­sikan panel.

Ia adalah permohonan oleh jawatankua­sa berkenaan untuk menggantun­g sementara inkues kematian Muhammad Adib sementara menunggu rayuan (jawatankua­sa berkenaan) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Feb lepas yang membenarka­n keputusan Mahkamah Koroner mengenepik­an permohonan jawatankua­sa bertindak itu untuk menjadi pemerhati semasa inkues.

Satu lagi permohonan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang memohon untuk mengenepik­an rayuan jawatankua­sa itu. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan Visvanatha­n untuk menfail afidavit balas kerana afidavit itu tidak menyebut penglibata­n penganut agama Hindu.

Pada 8 Feb Mahkamah Shah Alam menolak rayuan jawatankua­sa bertindak kuil itu bagi mengenepik­an keputusan Mahkamah Koroner yang menetapkan mereka tidak mempunyai apaapa kepentinga­n dalam inkues yang sedang berlangsun­g.

Pada 31 Jan Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan oleh jawatankua­sa bertindak itu sebagai pihak yang berkepenti­ngan dalam inkues berkenaan, dengan alasan ia tidak mempunyai kepentinga­n yang jelas, substantif dan munasabah.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lepas. Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis.

Pendengara­n inkues akan bersambung pada 19 Mac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia