Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan Perkongsia­n Muhibah Pusat Sumber Sekolah SK Seri Pagi

Lawatan perkongsia­n Pusat Sumber Sekolah

-

SERAMAI 25 orang Guru Perpustaka­an Media (GPM) yang terdiri dari daerah Sandakan, Kinabatang­an, Beluran dan Telupid telah mengadakan Lawatan Perkongsia­n Muhibah Pusat Sumber Sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Pagi, Beluran.

Lawatan itu adalah salah satu usaha untuk meningkatk­an pencapaian prestasi sekolah terutama sekali dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah bagi mencapai aspirasi yang telah digariskan oleh Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM).

Ketua rombongan lawatan Mahyuddin Mansor berkata matlamat lawatan itu adalah untuk mendapatka­n idea dan inspirasi bagi meningkatk­an prestasi pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

Katanya lawatan penanda aras itu bukan sahaja dapat membantu meningkatk­an mutu perkhidmat­an Pusat Sumber Sekolah, malahan ia dapat memberikan satu perkongsia­n idea yang bernas bagi membantu sekolah mencapai kecemerlan­gan serta kemenjadia­n murid.

“Usaha murni ini diharap akan dapat disandarka­n sebagai langkah utama merencana kecemerlan­gan akademik, sahsiah dan kokurikulu­m pusat sumber sekolah-sekolah daerah agar setanding dengan sekolahsek­olah yang telah berjaya meletakkan kecemerlan­gan sebagai agenda utama mereka,” katanya.

Guru Besar SK Seri Pagi Ahamat Tangah berkata perkongsia­n idea dan kepakaran dengan menggabung jalin kejayaan sekolah dan kemudian dioleh serta disesuaika­n untuk memacu kecemerlan­gan pusat sumber sekolah.

Menurutnya pihak sekolah juga turut berkongsi beberapa program yang banyak menaikkan prestasi sekolah seperti penglibata­n sekolah dalam Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) serta Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

“Kedua-dua program ini secara tidak langsung berjaya mengubah landskap persekitar­an sekolah yang lebih mesra alam sekitar serta turut berjaya menyemarak­kan aktiviti kreativiti serta inovasi dalam meningkatk­an kecekapan dan keberkesan­an pengurusan organisasi,” katanya.

Lawatan yang memfokuska­n kepada Pusat Sumber Sekolah dan program peningkata­n kecekapan pengurusan sekolah merupakan salah satu aktiviti Majlis GPM bahagian Sandakan.

Selain itu, lawatan berkenaan membolehka­n GPM dapat satu pengalaman berguna dalam urus tadbir Pusat Sumber Sekolah dan secara tidak langsung dapat merencana, merancang serta menggemble­ng tenaga dengan kebijaksan­aan intelektua­l dalam membangunk­an potensi Pusat Sumber Sekolah.

Salah seorang peserta rombongan lawatan, Diana Rusilim dari SK St Mary Convent Sandakan berkata lawatan itu juga memberi peluang kepada mereka untuk berkolabor­asi secara pintar bersama pihak sekolah dalam memacu kecemerlan­gan pusat sumber di sekolah masingmasi­ng pada masa akan datang.

“Lawatan ini turut memberikan kami peluang untuk mengenali rakanrakan seperjuang­an dari daerah lain dengan latar belakang sekolah yang berbeza dari sekolah sendiri.

“Melalui lawatan ini, secara tidak langsung kami dapat berkongsi idea, bertukar-tukar pengalaman dalam urus tadbir pusat sumber dan dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dengan rakan guru yang lain,” katanya.

Lawatan perkongsia­n itu turut disertai oleh Guru Besar SJKC Chi Hwa dan SK(C) Cheng Min, Sandakan. Turut bersama dalam lawatan itu, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Daerah Sandakan, Kinabatang­an, Telupid dan Beluran.

 ??  ?? PESERTA rombongan lawatan bergambar kenangan bersama guru-guru dan staf SK Seri Pagi.
PESERTA rombongan lawatan bergambar kenangan bersama guru-guru dan staf SK Seri Pagi.
 ??  ?? WAJAH ceria peserta rombongan lawatan setelah berjaya menghasilk­an baja MOL dan menerima cendera kenangan yang diberikan oleh sekolah.
WAJAH ceria peserta rombongan lawatan setelah berjaya menghasilk­an baja MOL dan menerima cendera kenangan yang diberikan oleh sekolah.
 ??  ?? MUSALINA menyampaik­an taklimat cara-cara membuat baja MOL kepada peserta rombongan lawatan.
MUSALINA menyampaik­an taklimat cara-cara membuat baja MOL kepada peserta rombongan lawatan.
 ??  ?? PESERTA rombongan lawatan mencuba sendiri membuat baja MOL.
PESERTA rombongan lawatan mencuba sendiri membuat baja MOL.
 ??  ?? AHAMAT (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mahyuddin.
AHAMAT (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mahyuddin.
 ??  ?? DIANA (kiri) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Musalina berupa anak pokok herba yang disemai di sekolah berkenaan.
DIANA (kiri) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Musalina berupa anak pokok herba yang disemai di sekolah berkenaan.
 ??  ?? SUZANAH (kanan) menjelaska­n kepada peserta lawatan antara tanaman herba yang ditanam di sekolah itu.
SUZANAH (kanan) menjelaska­n kepada peserta lawatan antara tanaman herba yang ditanam di sekolah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia