Utusan Borneo (Sabah)

MForce sasar tembusi pasaran Vietnam dan Indonesia dengan e-skuter NIU

-

GEORGE TOWN: MForce Bike Holdings Sdn Bhd menyasarka­n untuk menembusi pasaran Vietnam dan Indonesia menerusi pelancaran NIU, skuter elektrik baharu.

Pengurus Besar Operasinya Asri Ahmad berkata NIU ialah pengeluar terkemuka dunia e-skuter pintar dan merupakan jenama pilihan di Eropah berdasarka­n ciri mesra alamnya.

“Sejak dilantik sebagai pengeluar dan pengedar eksklusif produk NIU di Asia Tenggara, kami sudahpun mula mengekspor­t e-skuter NIU ke Thailand dengan lebih 200 unit dihantar sejak Disember tahun lepas.

“Menjelang akhir tahun ini, kami merancang untuk menembusi pasaran Vietnam dan Indonesia selari pergerakan pasaran ke arah kenderaan mesra alam,” katanya kepada Bernama selepas melancarka­n kedai pertama utama NIU di Malaysia oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di Gurney Plaza di sini kelmarin.

MForce merancang meluaskan perniagaan motosikaln­ya dengan membuka kilang di Valdor Industry Estate, Sungai Jawi yang dijangka mula beroperasi tahun ini.

“Kilang ini akan dilengkapi sistem pengeluara­n berteknolo­gi tinggi dan trek pengujian ketahanan dan pusat penyelidik­an dan pembanguna­n.

Asri berkata, kumpulan itu menetapkan sasaran untuk menjual 100 NIU e-skuter sebulan di Malaysia dan pada masa yang sama terus meningkatk­an perkhidmat­an selepas jualan.

MForce dijangka mengeluark­an kira-kira 500 e-skuter sebulan berdasarka­n harga dan segmennya yang menarik untuk pasaran domestik dan luar negara.

“Pada masa ini, kami menawarkan perkhidmat­an mudah alih 24 jam dengan juruteknik kami di lapangan akan menangani masalah yang dihadapi oleh pemilik skuter NIU,” katanya.

Beliau berkata, e-skuter NIU merupakan skuter pintar yang inovatif dan dilengkapi ciri teknologi terkini seperti sistem pengesanan Sistem Kedudukan Global (GPS), motor elektrik berprestas­i tinggi yang dihasilkan oleh Bosch, ketahanan sistem pengurusan bateri hasil kerjasama dengan Panasonic, sifar karbon monoksida dan sifar bunyi.

E-skuter dikuasakan oleh enjin elektrik Bosch menggunaka­n bateri lithiumion yang mampu bertahan hingga 70 kilometer dengan satu bateri isi penuh seberat 10kg dalam tempoh enam jam, katanya, sambil menambah, e-skuter NIU mudah dibawa untuk pengisian di rumah atau pejabat sebelum memasangka­nnya semula untuk digunakan.

 ?? — Gambar Bernama ?? MODEL BAHARU: Chow Kon Yeow (dua kiri) ketika pelancaran skuter elektrik NIU di bilik pameran skuter itu di George Town, kelmarin. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh (dua kanan) dan Asri (tiga kiri).
— Gambar Bernama MODEL BAHARU: Chow Kon Yeow (dua kiri) ketika pelancaran skuter elektrik NIU di bilik pameran skuter itu di George Town, kelmarin. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh (dua kanan) dan Asri (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia