Utusan Borneo (Sabah)

Lima hari terkandas di Pakistan

Samsuali kongsi pengalaman terkini kesan konflik dua negara

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz (Pinta) Sabah Samsuali Marulla yang mengikuti rombongan Lawatan Kerja Pinta Malaysia ke Wifaqul Madaris di Pakistan melalui pengalaman yang mendebarka­n setelah perjalanan mereka untuk kembali ke tanahair kini tertunda lima hari, kesan konflik dua kuasa nuklear India–Pakistan meruncing.

Beliau yang merupakan anak jati Lahad Datu masih berada di sana berkongsi pengalaman­nya dengan Utusan Borneo dengan menyifatka­n pengalaman pertama terkandas di Pakistan mencabarny­a dan mendorong dirinya serta ahli rombongan untuk sentiasa bertawakal, positif untuk menghadapi apa juga keadaan.

“Kami difahamkan, kami antara hampir 50 rakyat Malaysia yang berada di Pakistan saat ini dan kedutaan meminta kami terus berhatihat­i kerana dikhuatiri serangan balas dari kerajaan India berlaku bila-bila masa,” katanya dalam perbualan Whatsappny­a, jam 12.43 petang waktu tempatan, pada Selasa.

Menurut Samsuali, mereka sepatutnya dijadualka­n kembali ke Malaysia 28 Februari lalu setelah berada di Pakistan sejak 23 Februari namun terkandas di Lahore.

Rombongan yang diketuai Presiden Pinta Kebangsaan Ustaz Zahid Mahmood itu telah dinasihatk­an kedutaan agar mengambil perjalanan

“Kami difahamkan, kami antara hampir 50 rakyat Malaysia yang berada di Pakistan saat ini dan kedutaan meminta kami terus berhati-hati kerana dikhuatiri serangan balas dari kerajaan India berlaku ” bila-bila masa. SAMSUALI MARULLA Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz (Pinta) Sabah

keluar balik ke Malaysia melalui ruang udara negara berkecuali dan memilih untuk ke Dubai.

Katanya, mereka juga telah menghubung­i Kedutaan Malaysia di Islamabad untuk memberitah­u keadaan mereka seterusnya untuk mendapatka­n perkembang­an terkini.

“Saya melihat polis dan askar Pakistan sentiasa bersiapsia­ga di setiap jalan, lapangan terbang dan pasar raya.

“Sekitar bandar Lahore masih aman dan terkawal tapi perlu kawal setiap pergerakan dan berhati-hati,” katanya yang membalas pertanyaan ketikabera­dadalamper­jalanan 16 jam dari Lahore ke Karachi menggunaka­n perkhidmat­an keretapi Green Line sebelum menaiki pesawat ke Dubai.

Menurutnya, kebanyakan pelancong luar negara dari negara Arab dan Eropah yang ditemuinya dalam keadaan ketakutan dan mahu keluar dari Pakistan dengan segera.

Rombongan itu ke Pakistan untuk lawatan mengeratka­n silaturrah­im seterusnya membuat kajian secara langsung sistem pengajian tahfiz agar dapat memperkasa­kan dalam pengajian di negara kita.

Selain Presiden Pinta Malaysia, seramai 14 orang daripada ahli rombongan merupakan pengerusi Pinta setiap negeri dan dua orang mewakili pemikir Pinta Malaysia.

Kumpulan itu disertai Mohd Abdul Salam Abdul ghani, Shuzaimee Aidy Samsudin, Ahmad Azimudin Shah Mustafa, Mohd Ali Ab Kadir, Mohd Dilmi Che Age, Nor Hariman Zainal Abidin, Azizan Asmuni, Mohd Inzaar Haqieqie Ismail, Mohd Saharil Yasin, Afendi Julaihi, Mohd Edrus Ab Rahman, Khairuddin Mohamed, Mohd Asmawi Ab Ghani, Awang Musa, Samsuali Marulla, Zulkifli Husain dan Zahid Mahmud.

Menurut laporan Bernama, ketegangan di antara New Delhi dan Islamabad dengan kedua-duanya adalah kuasa nuklear, semakin memuncak sejak serangan pengganas di Pulwana, India pada 14 Februari lalu yang membunuh lebih 40 orang serta mencederak­an ramai lagi.

 ??  ?? AHLI rombongan sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama ketika di Lahore.
AHLI rombongan sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama ketika di Lahore.
 ??  ??
 ??  ?? AHLI rombongan bersama sebahagian ahli Wifaqul Madaris.
AHLI rombongan bersama sebahagian ahli Wifaqul Madaris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia