Utusan Borneo (Sabah)

Indeks kos sara hidup baharu jamin kehidupan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin indeks untuk mengukur kos sara hidup dapat mengurangk­an tekanan kos sara hidup rakyat terutama dalam konteks harga barang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kadar Indeks Harga Pengguna (IHP) yang diguna pakai sekarang dilihat tidak menggambar­kan kedudukan sebenar kos sara hidup terutama bagi harga barang.

Beliauberk­ataindeksb­aharu yang akan diperkenal­kan itu dapat memberi jaminan dan mengenal pasti ukuran bacaan yang lebih tepat mengenai keadaan sebenar harga barang dan kos hidup.

“Selama ini, kita (kerajaan) bergantung kepada IHP atau indeks inflasi, contohnya IHP atau indeks inflasi itu memang rendah, tetapi di satu sisi (walaupun) rendahnya indeks itu, ia tidak dirasai dalam bentuk kehidupan sebenar rakyat di bawah.

“Maka, kami (kerajaan) merasakan indeks baharu ini adalah satu keperluan untuk dijadikan sebagai garis panduan yang dapat menggambar­kan realiti sebenar yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2018 kementeria­nnya, di sini pada Selasa.

Saifuddin berkata antara agensi yang terlibat dalam melaksanak­an indeks itu ialah Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Institut Penyelidik­anKhazanah(KRI) dan Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC).

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan mencadangk­an satu indeks pengukur kos sara hidup bagi menentukan kenaikan gaji lebih munasabah.

Lim dilapor berkata kaedah pengukuran IHP yang diguna pakai pada masa ini tidak mencukupi untuk menentukan kenaikan gaji sebenar yang diperlukan rakyat.

Terdahulu, Saifuddin menyampaik­an sijil dan hadiah kepada 108 pekerja daripada tiga agensi di bawah kementeria­n itu yang terdiri daripada 67 petugas Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM); 36 kakitangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan lima daripada MyCC.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia