Utusan Borneo (Sabah)

Blok baharu Hospital Tawau, Papar siap Mei tahun depan

Komitmen kerajaan bangunkan perkhidmat­an kesihatan di Sabah

-

KOTA KINABALU: Blok baharu Hospital Tawau dan Papar bakal siap dibina pada Mei tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Menurut beliau, RM100 juta diperuntuk­kan kepada Kerajaan Negeri bagi menaik taraf dan membina lebih banyak kemudahan kesihatan di negeri ini.

“Kita mempunyai banyak projek yang masih dalam peringkat perancanga­n dan pelaksanaa­n seperti projek pembinaan blok baharu di Tawau yang dijangka siap pada Mei tahun depan, begitu juga dengan projek di Papar.

“Selain itu, pembinaan klinik kesihatan di Pulau Sebatik juga telah diluluskan dan kini dalam proses mencerah tanah.

“Setelah mendapat kelulusan pembanguna­n, tender akan dibuka pada Jun atau Julai tahun ini,” ujarnya.

Tambah Chen, kementeria­nnya

“RM100 juta diperuntuk­kan kepada Kerajaan Negeri bagi menaik taraf dan membina lebih banyak kemudahan kesihatan di negeri ini. Kita mempunyai banyak projek yang masih dalam peringkat perancanga­n dan pelaksanaa­n seperti projek pembinaan blok baharu di Tawau yang dijangka siap pada Mei tahun depan, begitu juga dengan projek di Papar. ” DATUK SERI DR CHEN CHAW MIN

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Malaysia

sentiasa berusaha untuk membangunk­an perkhidmat­an kesihatan di Sabah supaya dapat dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat.

“Kita maklum bahawa Sabah mempunyai kawasan yang sangat besar dan kementeria­n akan sebaik mungkin memastikan pembanguna­n perkhidmat­an kesihatan di negeri ini sama seperti di Semenanjun­g.

“Selain itu, kita juga akan berusaha mendapatka­n peruntukan yang bersesuaia­n bagi memastikan projekproj­ek dan fasiliti di Sabah dapat dilaksanak­an dengan baik,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya pada Isnin.

Sementara itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang turut serta dalam rombongan memberitah­u tujuan kunjungan berkenaan adalah untuk merapatkan jurang perkhidmat­an kesihatan di antara Semenanjun­g dan Sabah.

“Kita membincang­kan pendekatan serta kaedah untuk meningkatk­an prestasi perkhidmat­an kesihatan di hospital dan klinik kerajaan, selain bertukar pandangan di antara kementeria­n saya dan kementeria­n Pusat,” jelasnya yang turut diiringi Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif.

 ??  ?? SHAFIE (kanan) berkongsi pandangan berkenaan perkhidmat­an kesihatan di Sabah bersama Chen (tengah) dan Wong
(kiri).
SHAFIE (kanan) berkongsi pandangan berkenaan perkhidmat­an kesihatan di Sabah bersama Chen (tengah) dan Wong (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia