Utusan Borneo (Sabah)

Berkelakua­n tidak senonoh, cederakan polis: Suami isteri didenda RM2,500

Berkelakua­n tidak senonoh, mencederak­an polis

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri yang dalam keadaan mabuk dan berkelakua­n tidak senonoh di hadapan polis, dikenakan denda masingmasi­ng sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sailin Alun, 38, dan Tony Kindalan, 39, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Pertama,merekadike­nakan denda sebanyak RM500 atau penjara sebulan kerana berkelakua­n tidak senonoh terhadap dua anggota polis.

Kesalahan dilakukan pada 3 Mac jam 1.35 pagi di kawasan parkir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Kedua-dua tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan denda sehingga RM5,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya.

Kedua, mereka dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara empat bulan, atas kesalahan menendang dan menolak dua anggota polis terbabit.

Sailin dan suaminya didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, bertempat di kaunter pertanyaan polis semasa pengadu membuat taklimat penugasan, beliau mendengar suara bising dari kawasan parkir.

Didapati seorang wanita dalam keadaan mabuk sambil menjerit ditenangka­n suaminya.

Pengadu mengarahka­n anggotanya menenangka­n wanita terbabit dan membawanya ke ruang koridor, namun wanita berkenaan enggan.

Suami wanita berkenaan diminta membantu, namun tiba-tiba wanita itu menumbuk mata kiri salah seorang polis.

Semasa cuba ditenangka­n, suami isteri berkenaan semakin bertindak agresif dan mengeluark­an kata-kata cacian.

Suami isteri berkenaan ditangkap dalam keadaan mabuk.

Semasa rayuan peguam Al Hafiz Mohd Lokman dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman yang ringan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Menurutnya Tony yang menetap di Telipok hanya bekerja sebagai pemandu dan isterinya seorang suri rumah.

“Ini kesalahan pertama dan sewaktu kejadian mereka dalam keadaan mabuk,” katanya.

Semasa disoal mahkamah, Tony menyatakan meminum minuman alkohol kerana menghadiri majlis perkahwina­n anak buahnya.

Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng melakukan pendakwaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia