Utusan Borneo (Sabah)

Siri Jelajah DFKL 2019 hidupkan hujung minggu, impian belia

- A.Aida semasa sesi kongsi cerita di UM.

BAHAGIAN pertama Siri Jelajah DFKL 2019 di tiga buah institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang, berakhir dengan jayanya pada hujung minggu lalu.

Siri jelajah itu dimulakan dengan kru DFKL mengunjung­i Management & Science University (MSU), Shah Alam pada hari Jumaat 1 Mac 2019, diikuti dengan Universiti Malaya (UM) pada 2 Mac, dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Mac. Siri Jelajah DFKL menerima lebih daripada 300 penyertaan secara keseluruha­nnya bagi setiap aktiviti yang diadakan.

Siri Jelajah DFKL 2019 riuh dengan kehadiran pengarah-pengarah tersohor Along Kamaludin dan Heykal Hanifah sebagai juri tetap Sesi Uji Bakat DFKL 2019, dan Datuk A. Aida selaku panel sesi kongsi cerita DFKL 2019.

Kemeriahan ini ditambah pula dengan kehadiran kedua-dua duta DFKL 2019, Izzue Islam dan Janna Nick yang sentiasa menyebarka­n mesej ‘Positif Selalu’ mereka kepada para peserta aktiviti-aktiviti Siri Jelajah DFKL 2019.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, “Kami amat berbangga dengan sambutan yang kami terima daripada mahasiswa dan mahasiswi IPT yang sudi memeriahka­n jerayawara ini. Kami sebenarnya kembali membuat siri jelajah ini di IPT kerana sudah dua tahun kami lakukan sesi uji

KONGSI PETUA:

bakat DFKL di pusat beli belah, dan majoriti peserta uji bakat adalah daripada golongan pelajar IPT. Oleh itu, kali ini kami bawakan Siri Jelajah DFKL 2019, ke ‘rumah’ mereka.”

“Tambahan pula, buat pertama kali, kami menambahka­n satu lagi aktiviti Siri Jelajah DFKL, iaitu Sesi Pencarian Influencer baharu. Dalam era yang serba digital ini, kami mula mencari bakat individu yang yang fasih membuat review dan aktif menggunaka­n laman media sosial mereka.

“Antara kelebihan yang akan mereka terima apabila menyertai kumpulan influencer ini adalah mereka akan diberikan

Heykal Hanifah dan Along Kamaludin sebagai juri uji bakat lakonan.

pendedahan eksklusif tentang industri hiburan kami seperti hadir ke majlis anugerah kami, menyertai sesi penggambar­an drama, menonton seluruh siri drama kami lebih awal dari yang lain, dan banyak lagi.

“Oleh itu, sekiranya seseorang individu itu aktif menggunaka­n laman media sosialnya, dialu-alukan untuk mencuba nasib di ‘INFLUENCER SEARCH’ kami di setiap lokasi Siri Jelajah DFKL 2019.”

Demi meningkatk­an kualiti uji bakat para peserta ketika Sesi Uji Bakat DFKL 2019 ini, juri tetap Sesi Uji Bakat DFKL 2019, Heykal Hanifah turut memberikan sedikit pesanan.

“Rata-rata peserta uji bakat DFKL yang hadir sememangny­a berani untuk tampil ke hadapan dan menunjukka­n bakat mereka. Namun, mereka belum biasa atau tidak pernah lagi bekerja bersama kamera. Oleh itu, pesanan saya kepada bakal peserta uji bakat DFKL ini, pertamanya mereka hendaklah bersedia dengan situasi yang hendak dipersemba­hkan kepada kami.

“Mereka harus berlatih di rumah sebelum tampil ke hadapan saya dan Along Kamaludin. Mereka juga harus sediakan situasi-situasi ‘back up’ sekiranya kami meminta mereka untuk menunjukka­n emosi lain. Namun, ianya lebih mudah sekiranya mereka dapat merangkumk­an dua atau tiga emosi dalam satu situasi. Kami juga membenarka­n pelakon-pelakon jemputan untuk membantu mereka ketika menguji bakat.”

Tidak ketinggala­n, Datuk A. Aida selaku panelis tetap Sesi Kongsi Cerita DFKL 2019, juga ingin berkongsi pesanan beliau.

“Tidak dinafikan bahawa banyak idea dan cerita yang menarik dikongsika­n oleh para peserta. Namun, kebanyakan daripada mereka hanya berkongsi ‘logline’ atau ringkasan sinopsis tanpa menceritak­an perkembang­an plot, watak, dan klimaks cerita mereka. Ianya amat merugikan kerana mereka mempunyai idea yang menarik untuk kami jadikan telefilem, tetapi ianya sukar untuk kami terjemahka­n cerita mereka menjadi sebuah telefilem hanya berpanduka­n logline dan bukannya sinopsis penuh,” katanya.

Siri jelajah DFKL 2019 akan diteruskan sehingga 17 Mac 2019. Kepada mereka yang terlepas peluang untuk menyertai Siri Jelajah DFKL 2019 di IPT, mereka boleh berkunjung ke dua lagi lokasi terakhir iaitu di Sri Pentas (9 & 10 Mac 2019) dan IOI City Mall (16 & 17 Mac 2019).

Selain daripada Siri Jelajah DFKL 2019, Malam Anugerah DFKL 2019 yang akan bersiaran langsung pada 7 April kelak, semakin hampir.

 ??  ??
 ??  ?? JURI:
JURI:
 ??  ??
 ??  ?? KONGSI ILMU: Izzue Islam bersama salah seorang peserta uji bakat lakonan dari UPM.
KONGSI ILMU: Izzue Islam bersama salah seorang peserta uji bakat lakonan dari UPM.
 ??  ?? TUNJUK BAKAT: Beberapa peserta uji bakat lakonan dari UPM menunjukka­n bakat lakonan mereka.
TUNJUK BAKAT: Beberapa peserta uji bakat lakonan dari UPM menunjukka­n bakat lakonan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia