Utusan Borneo (Sabah)

Anita, wakil rakyat pertama PBS sertai Warisan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Anita Baranting menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk meneruskan khidmatnya membantu kerajaan dan rakyat yang diwakiliny­a.

Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari PBS meninggalk­an parti itu yang menyerahka­n borang keahlianny­a kepada Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal merangkap Ketua Menteri Sabah, di bangunan Pejabat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) pada Rabu.

Anita yang juga bekas ketua Wanita PBS membawa kira-kira 50 rakan dari Kota Marudu yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, termasuk pemimpin parti Umno, Gerakan dan MCA.

“Mereka ini adalah sebahagian besar daripada Ahli Jawatankua­sa Jentera Pilihanray­a Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kemudianny­a kami namakan kumpulan ini sebagai ‘Squad Tandek’. Kami akan berjuang bersama Parti Warisan selepas ini,” katanya.

Anita merakamkan setinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Shafie kerana telah menerima beliau dan rakannya untuk menyertai Warisan.

Di majlis itu, beliau turut mengumumka­n perletakan semua jawatannya dalam PBS iaitu sebagai ketua wanita parti dan timbalan ketua bahagian PBS Tandek.

Katanya, keputusan untuk menyertai Warisan adalah atas kerelaan hatinya sendiri tanpa dipengaruh­i oleh mana-mana pihak.

#Bersambung di muka A2#

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia