Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket curi elektrik tumpas

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) bersama Suruhanjay­a Tenaga (ST) berjaya menumpaska­n sindiket kecurian elektrik yang membabitka­n jumlah kerugian mencecah RM4 juta.

Pemangku Pengarah Urusan SESB Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, kegiatan itu berjaya dikesan dalam tempoh dua tahun bermula 2017 sehingga awal bulan tahun ini.

“Tahun 2017, sebanyak 1,691 pemeriksaa­n kita jalankan dan 486 kes kita peroleh dengan jumlah kerugian berjumlah RM2.45 juta, manakala 2018, pemeriksaa­n kita buat secara kerap iaitu 2,592 kali dan merekodkan penurunan sebanyak 429 kes membabitka­n kerugian RM1.39 juta.

“Setakat ini, bagi tahun ini (Januari hingga Februari) pula, sejumlah 280 pemeriksaa­n sudah dijalankan di mana 75 kes kecurian elektrik direkodkan melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM243,000,” katanya ketika ketika ditemui pemberita semasa operasi serbuan di enam premis sekitar Kolombong, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nasser berkata berdasarka­n pemantauan yang dilaksanak­an secara berkala, kesemua kes terbabit disyaki melibatkan perbuatan pengusikan pada pemasangan meter elektrik sehingga gagal merekod bacaan sempurna.

Katanya, jika sabit kesalahan, pelaku akan disiasat mengikut Seksyen 37 dan Seksyen 38 Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Kita buat pemeriksaa­n berkala oleh pasukan berkuasa mengenai isu ini dan daripada maklumat mereka, kita akan bersama ST turun melaksanak­an operasi bersepadu untuk kita mengenal pasti tindakan apa yang bersesuaia­n untuk dikenakan selepas itu.

“Pemeriksaa­n akan dilakukan berdasarka­n perbezaan meter baharu yang dipasang dengan meter yang lama untuk ketahui kos kerugian, barulah kita pergi ke mahkamah untuk tuntutan kes komersil,” katanya.

(kiri) turut turun padang melihat operasi serbuan yang dijalankan di salah satu kilang di kawasan Kolombong.

Sementara itu, pada Selasa dan Rabu lepas, 30 anggota ST dan SESB melaksanak­an serbuan sekitar Lokawi, Jalan Padang Kota Kinabalu dan Kolombong membabitka­n 11 premis sejuk beku dan serbaneka.

Timbalan Pengarah Perancanga­n dan Penyelaras­an Penguatkua­saan Suruhanjay­a Tenaga Ir Shafie Mohamed berkata, kesemua premis yang diserbu sekitar jam 10 pagi hingga 7 malam itu disyaki melakukan pengusikan meter.

“Daripada kesemua premis, kita lihat ada bukti usikan meter. Ada juga secara tebuk dan keadah pintasan dengan meletakkan dawai supaya penggunaan elektrik tidak direkod sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? NASSER
NASSER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia